Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Menu Kegemaran Ibu-Ibu, Ini Dia Resepi Dalca Sayur Yang Sedap, Confirm Dipuji Mertua Nanti Bila Cuba!

Menu Kegemaran Ibu-Ibu, Ini Dia Resepi Dalca Sayur Yang Sedap, Confirm Dipuji Mertua Nanti Bila Cuba!

Kategori: ,
dalca sayur

Dalca sayur merupakan antara menu kesukaan ramai rakyat Malaysia. Selalunya, hidangan ini sering dihidangkan bersama nasi tomato, nasi bukhary dan nasi briyani sebagai kuah dan hidangan sampingan. Selain itu, ia turut dihidangkan di restoran nasi kandar!

Kalau nak tahu, dalca sayur ini antara menu kesukaan mak-mak jadi buat anda yang ingin mengambil hati mertua ke, boleh lah cuba resepi ini yang dikongsikan oleh Fauziah Yahya. Mudah sahaja! Sekali mak mertua cuba, mesti nak lagi. Terus makin sayang. Nak cuba? Jom baca resepi ini.

Resepi Dalca Sayur Kegemaran Ibu-Ibu

Bahan-Bahan

  • 1 mangkuk tulang ayam
  • 1 kotak santan (jadikan 3 cawan santan)
  • 1 cawan kacang dal (direbus hingga empuk)
  • 1 biji cili merah (potong 2)
  • 4 biji kentang (belah 4)
  • 1 biji carrot (potong mancis)
  • 4 batang kacang pangjang (potong 1 1/2 inci)
  • 1 biji terung bulat (belah 6)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit garam

Bahan Dihiris

  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

dalca sayur

dalca sayur

Cara-Cara Memasak

  1. Tumis bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis. Masukkan bahan dihiris dan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari daging, daun kari dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak dan pecah minyak.
  3. Masukkan tulang ayam. Tumis sebentar dan masukkan kacang dal, santan, kentang dan sedikit air. Masak hingga tulang ayam dan kentang empuk.
  4. Masukkan semua sayur-sayuran. Masak hingga sayur masak.
  5. Masukkan garam dan tutup api. Sedia untuk dihidang.

dalca sayur

Mudah saja nak sediakan dalca sayur. Jadi buat bakal mendirikan rumah tangga itu boleh lah cuba resepi dalca sayur ini. Nanti mak mertua confirm makin sayang!

Kredit: Fauziah Yahya

Baca Juga: Sebab Ramai Yang Terliur, Wanita Ini Kongsi Resepi Sayur Sawi Jeruknya Yang Mudah & Pastinya Sedap!

tags: |