Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Cara Buat Dumpling Soup Homemade, Modal Tak Sampai RM10 Pun Untuk 40 Pcs!

Si Bunga by Si Bunga
Jun 4, 2022
in Resepi
3 min read
0 0
0
Dumpling Soup
1
SHARES
2k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Pasti ramai yang sudah mencuba Chicken Dumpling Soup di kedai makan yang terkenal itu, memang sedap sungguh rasanya. Tapi harganya boleh tahan juga untuk semangkuk dumpling soup.

BacaJuga

SUP TULANG SIAM

Resepi Sup Tulang Siam, Rasanya Perghhh! Sedap Untuk Berbuka Puasa

April 13, 2022
35
sup ayam

Cara Buat Sup Ayam Paling Mudah & Sedap, 15 Minit Dah Siap Masak

April 1, 2019
8.3k

Rupanya boleh cuba buat sendiri di rumah, kos bahan tak sampai RM10 pun tapi boleh makan satu keluarga. Sekali buat boleh dapat dalam 40 pcs, baru puas hati makan sebab banyak dan murah. Cara membuatnya pun sangat mudah. Jom ikuti resepi di bawah perkongsian oleh Wany Lifa.

Cara Buat Dumpling Soup Homemade, Modal Tak Sampai RM10 Pun Untuk 40 Pcs!

Modal bawah Rm10 boleh makan 40 pcs Dumpling. Kalau makan dekat Chicken Rice Shop mau semangkuk RM8-RM9. Ni sekali buat cukup 1 family dapat makan. Tapi modal utama kena rajin & sabar.

Tekak nak makan punya pasal gigih buat sampai siap. Confirm sedap Confirm pengsan! Ada yang nak cuba resipi? Selamat mencuba.

Resepi Inti Dumpling:

  • Isi ayam 300g (fillet dicincang)
  • Carrot (setengah batang sagat)
  • Bawang besar (1 biji cincang halus)
  • Bawang putih (4 ulas cincang halus)
  • Daun sup & Daun bawang (potong halus)
  • Serbuk lada sulah (2 sudu)
  • Minyak bijan (3 sudu)
  • Serbuk maggi cukup rasa (2 sudu)
  • Garam & gula (1 sudu kecil)
  • Dumpling pastry (Instant)

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan2 kecuali dumpling pastry. Gaul sebati & perap sekejap 10 minit.
  2. Masuk inti dalam pastry then kelim pastry ikut kreativiti. Boleh try google @ tengok youtube cara lipat dumpling.
  3. Takde mangkuk tingkat buluh macam mangkuk dimsum so susun kita dumpling kat atas pinggan letak dalam pengukus. Kalau direct letak atas pengukus nanti melekat.
  4. Kukus dumpling selama 10 minit. Dah siap kukus boleh makan dengan sos kicap @ goreng dumpling.

Resepi Sup Dumpling:

  • Bawang putih (6 ulas ketuk & cincang)
  • Halia (1 inci ketuk & cincang)
  • Minyak bijan (1 sudu kecil)
  • Serbuk lada sulah sikit
  • Kiub ayam maggi (half of cube)
  • Garam & gula

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih & halia sampai naik bau. Letak 1 mangkuk air dalam periuk.
    Masuk bahan2 lain sampai mendidih.
  2. Letak dumpling yang da siap kukus tadi tuh dalam periuk sekali. Biarkan 2-3 minit sekejap. Then tabur sikit daun bawang.
  3. Last sekali buat sos pakai sos thai campur sikit dengan daun ketumbar yang da cincang halus. Gaul sebati then boleh makan dengan sup.
  4. Ada orang buat sos pakai kicap cair tapi lagi suka sos thai lagi padu rasa nya

Total costing:

  • Fillet ayam 500g – RM5.20
  • Dumpling pastry – RM1.80
  • Carrot 6 batang – RM1.00
  • Daun sup & Daun bawang – RM1.00
  • Bahan yang lain da sedia ada kat rumah
    Total = RM9.00

Kredit: Wany Lifa

Baca juga: “Paling Laku Kalau Jual..”, Wanita Kongsi Resepi Mi Kuah Turun Temurun Kelantan Style

4/5 (2 Reviews)
Premium WordPress Themes Download
Download Premium WordPress Themes Free
Download Best WordPress Themes Free Download
Download WordPress Themes Free
udemy course download free
download intex firmware
Tags: dumplingDumpling Soup Homemaderesepi sup
ShareTweetSend

Related Posts

AYAM MASAK STIM VERSI PALING SENANG
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Ayam Masak Stim Versi Paling Senang, Tak Perlu Guna Minyak Pun. Serius Jimat!

Julai 2, 2022
10
Jom Cuba Resepi Kuih Ropa Inti Daging, Kuih Warisan Terengganu Yang Simple Tapi Sedap Tak Terkata!
Resepi

Jom Cuba Resepi Kuih Ropa Inti Daging, Kuih Warisan Terengganu Yang Simple Tapi Sedap Tak Terkata!

Julai 1, 2022
335
sambal daging cili merah
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Sambal Daging Cili Merah, Khas Untuk Penggemar Makanan Pedas!

Jun 30, 2022
70
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist