Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Fruits Sando Yang Comel & Gebu, Betul-Betul Sama Dengan Family Mart Punya

Ini Resepi Fruits Sando Yang Comel & Gebu, Betul-Betul Sama Dengan Family Mart Punya

Kategori: ,
FRUITS SANDO

Mesti korang pernah melihat sandwich ini lalu-lalang di News Feed media sosial, kan? Bagi mereka yang tak tahu, Fruits Sando bukanlah sesuatu yang baru. Mula diperkenalkan di Kyoto, Jepun sekitar 1920, ia merupakan pencuci mulut yang ringkas tapi sangat comel.

Sandwich ini boleh didapati di mana-mana cawangan Family Mart seluruh negara tapi jika anda ingin cuba buat sendiri, bahan-bahannya mudah sahaja untuk didapati. Di sini kami kongsikan resepi yang telah diolah oleh Aisyah AR.

Ini Resepi Fruits Sando Yang Comel Dan Gebu, Betul-Betul Sama Dengan Family Mart Punya

Bahan-bahan

Cara penyediaan

  1. Satukan whipping cream (fresh cream), susu pekat dan ekstrak vanilla dalam satu bekas dan mula whisk. Boleh guna hand mixer dan pastikan anda beli whipping cream yang betul dan whipping cream perlu berada dalam keadaan sejuk. Whipping cream yang berjaya adalah bila kita terbalikkan bekas, whipping cream kita tak jatuh.
  2. Lepas tu, ambil roti, sapukan whipping cream (banyakkan sikit di bahagian tengah). Selepas itu, mula susun buah ikut kreativiti masing-masing. Seperti resepi ini, potong pada empat bahagian. Jadi, susun buah pada empat penjuru (rujuk gambar).
  3. Dah siap susun buah, ambil lagi whipping cream tu, penuhkan semua ruang-ruang kosong antara roti dan buah itu (utamakan di bahagian tengah roti. Dah siapa ambil lagi satu roti untuk tutup). Tekan-tekan sikit bagi roti atas itu attach dengan yang lain. Selepas itu, wrap roti tadi elok-elok guna plastic wrapper dan terus simpan dalam peti ais. Sekurang-kurang satu jam. Overnight lagi bagus. FRUITS SANDO
  4. Bila dah sejam, keluarkan roti tadi dan potong ikut plan susun buah tadi. Macam saya, saya potong ‘X’ sebab nak dapatkan empat bahagian. Maka inilah hasilnya. FRUITS SANDO
  5. Siap untuk dinikmati.  FRUITS SANDO

Nota: Sedap dimakan ketika sejuk, untuk sarapan sangat sesuai. Kalau nak makan untuk makan tengah hari, lebih baik simpan dalam chiller dahulu.

Comel sangat rupa fruits sando ini, kan? Krim pun kelihatan sangat gebu, rasa sayang pula nak makan. Untuk korang yang gemarkan manisan bolehlah mencubanya.

Kredit: Aisyah AR

Baca Juga: Bilis Goreng Pedas Sira Orang Dulu-Dulu, Resepi Yang Menggamit Memori!

tags: | |