Langkau ke kandungan

Resepi ‘Ginger Beef’ Macam Di Restoran Cina Muslim, Senang & Guna Bahan Mudah!

Ginger Beef

Kalau ke restoran Cina Muslim, wajib order daging halia (ginger beef) ni. Tapi, harganya boleh tahan juga untuk satu hidangan kecil. Jadi apa kata jom cuba masak sendiri di rumah. Baru boleh makan puas-puas, yang penting lagi jimat! Jom ikuti perkongsian langkah demi langkah oleh Wan Luqman di bawah.

Resepi ‘Ginger Beef’ Macam Di Restoran Cina Muslim, Senang & Guna Bahan Mudah!

1. Potong daging, buat segi empat tepat dahulu. Kemudian hiris nipis mengiring.Resepi ‘Ginger Beef’ Macam Di Restoran Cina Muslim, Senang & Guna Bahan Mudah!

2. Perap daging dengan kicap cair, lada sulah, halia cincang, gula, garam, minyak masak dan minyak bijan serta tepung jagung. Kuantiti bahan mengikut kuantiti daging.Resepi ‘Ginger Beef’ Macam Di Restoran Cina Muslim, Senang & Guna Bahan Mudah!

3. Sediakan pula bahan untuk kuah. Buat satu mangkuk bancuhan tepung jagung, dan satu lagi air bancuhan sos tiram (1 1/2 sb sos tiram + 6sb air). Sediakan juga hirisan halia, bawang merah dan daun bawang.Resepi ‘Ginger Beef’ Macam Di Restoran Cina Muslim, Senang & Guna Bahan Mudah!

4. Cara menggoreng pula, biarkan kuali panas berasap baru masukkan letak. Kemudan alihkan minyak tinggalkan sedikit sahaja. Ini bertujuan untuk mengelakkan daging melekat pada kuali. Menu ini daging perlu lembut dan moist.Resepi ‘Ginger Beef’ Macam Di Restoran Cina Muslim, Senang & Guna Bahan Mudah!

5. Masukkan daging dan goreng. Masukkan daging satu per satu supaya tak melekat. Kacau, tak perlu goreng lama jangan sampai garing.Resepi ‘Ginger Beef’ Macam Di Restoran Cina Muslim, Senang & Guna Bahan Mudah!

6. Angkat dan ketepikan.Resepi ‘Ginger Beef’ Macam Di Restoran Cina Muslim, Senang & Guna Bahan Mudah!

7. Kemudian, masukkan bawang, halia dan daun bawang.Resepi ‘Ginger Beef’ Macam Di Restoran Cina Muslim, Senang & Guna Bahan Mudah!

8. Kemudian masukkan kembali daging.Resepi ‘Ginger Beef’ Macam Di Restoran Cina Muslim, Senang & Guna Bahan Mudah!

9. Mauskkan air bancuhan sos tiram tadi dan secubit lada hitam.Resepi ‘Ginger Beef’ Macam Di Restoran Cina Muslim, Senang & Guna Bahan Mudah!

Kalau kuah tak pekat, masukkan campuran tepung jagung. Kalau kepekatan dah okay, tak perlu.

10. Masukkan lagi daun bawang.Resepi ‘Ginger Beef’ Macam Di Restoran Cina Muslim, Senang & Guna Bahan Mudah!

11. Gaul sekejap dengan menggunakan api kuat.Resepi ‘Ginger Beef’ Macam Di Restoran Cina Muslim, Senang & Guna Bahan Mudah!

Siap untuk dihidang!Resepi ‘Ginger Beef’ Macam Di Restoran Cina Muslim, Senang & Guna Bahan Mudah!

Kredit: Wan LuQman

Si Bunga

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Si Bunga