Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Gulai Ayam Kak Wok, Simple Tapi Sedap. Lauk Makan Tengah Hari Paling Popular Di Kelantan

Resipi Gulai Ayam Kak Wok, Simple Tapi Sedap. Lauk Makan Tengah Hari Paling Popular Di Kelantan

Kategori: ,
gulai ayam kak wok

Nasi kak wok sudah menjadi hidangan pilihan ramai untuk makan tengah hari. Selalunya dijual di Kelantan dan enak dimakan bersama nasi putih, ayam goreng dan sambal belacan.

Bagi anda yang inginkan lauk makan tengah hari yang ringkas dan mudah untuk disediakan, cubalah resepi gulai ayam kak wok yang telah dikongsikan oleh Nurul Aleeya di grup Kongsi Resepi Orang Suka (KROS).

Cara Buat Gulai Ayam Kak Wok

Bahan-Bahan

  • 4 labu bawang bombay
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci setengah halia
  • 1 inci setengah lengkuas
  • 3 sudu rempah kari
  • 1 sudu rempah kerutub
  • Kacang pangjang (dipotong)
  • Terung (potong kecil-kecil)
  • Beberapa bahagian ayam seperti leher, sayap, kaki, dada (dipotong kecil-kecil)
  • Santan
  • Garam
  • Kiub pati ayam
  • 1 nisan kerek atau gula melaka

Cara Penyediaan Gulai Ayam Kak Wok

  1. Kisarkan bawang bombay, putih, halia dan lengkuas sehingga lumat dan tumis sehingga wangi.
  2. Rempah kari dan rempah kerutub dibancuhkan dengan air dan gaul pada ayam, perapkan sekejap.
  3. Kemudian, letakkan ke dalam bahan-bahan yang ditumis tadi, masukkan ayam dan masak sehingga empuk. Masukkan santan, masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Dan kemudian masukkan terung dan kacang pangjang.
  4. Masukkan garam, gula nisan kerek dan serbuk kiub ayam, dan biarkan masak seketika.
  5. Bila rasanya dah cukup sebati, siap untuk dihidangkan. gulai ayam kak wok gulai ayam kak wok

Resepi ini memang sangat mudah sahaja, kan? Bagi anda yang ingin cuba, ikutilah. Dijamin akan berselera bila makan nanti.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: Nurul Aleeya di grup Kongsi Resepi Orang Suka (KROS)

Baca Juga: Nak Gulai Lebih Sedap Dan Tahan Lama? Jangan Sesekali Terus Letak Bahan Ini,Tunggu Dulu!

 

tags: | |