Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Honey Butter Cornflakes Yang Lebih Ranggup Dan Mudah. Sekali Buat Je Terus Habis.

Resepi Honey Butter Cornflakes Yang Lebih Ranggup Dan Mudah. Sekali Buat Je Terus Habis.

Kategori:

Antara biskut raya yang laku keras ialah cornflakes madu. Pendek kata, setiap kali buat memang confirm habis. Setiap kali raya, cornflakes merupakan salah satu kuih atau biskut raya yang orang memang tak akan lupakan.

Kalau pergi beraya rumah jiran mahupun sesiapa sahaja, pasti ada cornflakes. Jom pelbagaikan lagi menu raya dengan cornflakes. Korang boleh cuba buat cornflakes coklat, cornflakes salted egg atau honey butter cornflakes yang telah dikongsikan oleh sis Nina Diana ni. Confirm sedap sehingga menjilat jari.

Cara Penyediaan Honey Butter Cornflakes

Bahan-bahan Yang Diperlukan:

  • 250 gram butter
  • 3 sudu besar madu
  • 1 biji kuning telur
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 cawan gula halus
  • 500 gram conflakes

Cara Buat Honey Butter Cornflakes:

1.Pukul gula dan butter sehingga kembang. Kemudian masukkan telur, susu dan madu. Pukul lagi sehingga sebati.

2.Gaulkan adunan dengan cornflakes sehingga sebati.

3.Masukkan cornflakes ke dalam cup. Tabur sprinkle supaya nampak lebih cantik.

4.Bakar pada suhu 180 darjah celcius, 15 minit atau sehingga garing.

5.Done! Inilah hasilnya selepas siap dibakar. Mudahkan.

Tips Supaya Cornflakes Lebih Sedap Dan Ranggup

  1. Cornflakes jangan kurang dari sukatan. Lebih sikit dalam 100g tak apa.
  2. Kalau conrflakes kurang, butter lebih menyebabkan ia berminyak dibahagian bawah selepas dibakar.
  3. Manakala, jika cornflakes lebih, ia akan kurang melekat disebabkan kurang salutan butter.
  4. Pastikan gaul dengan sekata. Jika tidak ia akan jadi berminyak dan kurang melekat.
  5. Pukul butter dan gula sampai kembang. Baru masukkan telur. Kalau masukkan semua sekali dalam satu masa nanti rasa telur.

Sekian sahaja perkongsian dari Daily Makan mengenai resepi honey butter cornflakes ranggup yang sangat mudah dan ringkas. Selamat mencuba!

Kredit: Nina Diana

Baca juga: Resepi Puding Koktail Buah-Buahan Yang Sangat Mudah Dan Berkhasiat!

tags: |