Ikan keli masak berlada antara menu yang terkenal juga di kedai makan Masakan Melayu. Kalau anda penggemar ikan keli dan masakan yang pedas, memang terasa nikmatnya bila dapat makan hidangan ini.
Tapi kalau pergi ke kedai, kuah berlada itu agak sedikit yang buat diri rasa kurang puas hati. Buat sendiri lagi bagus, dapat la menikmati kuah yang banyak sampai meletup mulut jadinya oleh kerana cili yang begitu pedas.
Kalau anda nak ke dapur, jom cuba resepi oleh seorang pengguna Facebook ini. Dijamin mudah dan puas hati nanti.
Cara Penyediaan
1. Goreng ikan keli dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga garing. Angkat dan letak di tepi.
2. Goreng cili hidup merah, bawang besar, bawang putih, cili padi, tomato, dan belacan sehingga wangi dan naik bau. Kemudian, lepas naik bau, tutup api dan sejukkan sekejap. Kisar setelah sejuk.
3. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak. Guna saja kuali selepas goreng bahan tadi. Lepas pecah minyak, masuk air asam jawa, sos cili, sos tiram, perasakan dengan garam, gula dan serbuk hijlal.
4. Masak sehingga mendidih dan mendapat tekstur pekat berpalut. Kemudian siram atas keli yang digoreng tadi. Siap untuk dihidang.
Menu kali ini nampaknya sangat mudah, kan? Ikan keli masak berlada ini sangat enak untuk dinikmati, lagi lagi dengan kuah berlada yang banyak. Buat banyak-banyak terus puas hati.
Tunggu apa lagi? Jom cuba sekarang! Jangan lupa share pada kawan-kawan yang minat dengan menu ini.
Kredit: Fatyn Zamry
Baca Juga: Kena Buang ‘Benda’ Ini Barulah Ikan Keli Tak Hanyir & Berbau Selepas Dimasak