Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ikan Patin Masak Asam Pedas, Rasa Berlemak & Kuah Pedas Manis Tingkatkan Selera

Resepi Ikan Patin Masak Asam Pedas, Rasa Berlemak & Kuah Pedas Manis Tingkatkan Selera

Kategori:
IKAN PATIN MASAK ASAM PEDAS

Ikan patin merupakan sejenis ikan yang sangat terkenal dimasak dalam masakan tempoyak. Berasal dari Temerloh, isi ikan itu sangat berlemak dan manis bila segar. Memang tak hairan mengapa ia menjadi kegemaran ramai.

Jika anda ingin mencuba resepi ikan patin yang simple, ikuti resepi ikan patin masak asam pedas yang telah dikongsikan oleh Nani Habib di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN). Bahan-bahannya juga amat mudah didapati di pasaran. Jom baca perkongsian ini.

Resepi Ikan Patin Masak Asam Pedas

Bahan-Bahan

  • Seekor ikan patin (potong kepada beberapa bahagian)
  • Cili kering
  • Bawang merah (dikisar halus)
  • Bawang putih (dikisar halus)
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Sebiji tomato
  • Sedikit asam keping IKAN PATIN MASAK ASAM PEDAS IKAN PATIN MASAK ASAM PEDAS

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
  2. Bila dah pecah minyak, masukkan ikan patin dan segala bahan yang sudah dipotong kecuali tomato. Tomato masukkan di bahagian akhir kerana risau ia akan hancur.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan air asam sedikit. Terpulang pada citarasa anda, janji sedap.
  4. Setelah ikan siap dimasak, tutup api dan siap untuk dihidang. IKAN PATIN MASAK ASAM PEDAS IKAN PATIN MASAK ASAM PEDAS

Bagi anda yang selalu sibuk, resepi ikan patin masak asam pedas ini sesuai untuk dicuba. Mudah sahaja dan tak sampai setengah jam untuk disediakan. Paling enak bila dimakan bersama sepinggan nasi putih. Memang sedap!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Nani Habib via MAHN

Baca Juga: Dapat 1.5K Shares di FB, Ini Resepi Tauhu Telur Masak Sos Tiram

tags: | |