Jom cuba 5 resepi ikan singgang, mudah & sedap ini.

Buat untuk suami dan anak-anak, pasti mereka suka!

1. Singgang Ikan Selar

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan selar
  • 4 keping lengkuas
  • 2 keping halia
  • 8-19 ulas bawang putih diketuk
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 biji tomato besar
  • 3 keping asam gelugor
  • 2 batang lada hijau
  • 4 batang cili padi merah
  • 1 camca besar rata garam halus

Cara memasak:

  1. Cuci bersih ikan selar, toskan airnya.
  2. Masukkan air ke dalam periuk. Masukkan serai, asam gelugor, lengkuas, halia, daun pandan dan bawang putih. Masukkan 1 biji tomato yang dibelah 4. Masak hingga menggelegak dan air sedikit surut.
  3. Rasa kuahnya, bila kuah sudah terasa masam, masukkan garam halus, gula merah dan ikan. Masak hingga menggelegak sekali lagi.
  4. Masukkan lada hijau, cili padi dan sebiji lagi tomato yang dibelah 4, seimbangkan rasanya biar cukup masam, manis dan masinnya.
  5. Sebelum dihidangkan, patah-patahkan cili padi yang ada di dalam kuahnya. Sedap dimakan panas bersama nasi putih. Kebiasaannya dihidangkan bersama ulam-ulaman dan budu sebagai pencicah.

2. Singgang Ikan Merah

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan merah saiz sedang
  • 2 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 2-3 keping asam keping
  • 1 tangkai akar ketumbar (jika ada)
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Bawang merah dipotong 6. Serai dan bawang putih dititik. Lengkuas dihiris nipis. Halia dan kunyit di racik.
  2. Ikan dibasuh dan digaul dengan garam.
  3. Masukkan semua bahan termasuk air dalam periuk. Sukatan air hanya separuh daripada paras bahan sebab nanti air ikan akan keluar juga.
  4. Angkat periuk ke atas dapur, hidupkan api dan tutup periuk. Biarkan dalam 7-10 minit, ikan akan masak dan kuah akan menggelegak.
  5. Jangan masak lama sangat, nanti ikan hancur.
  6. Taburkan daun ketumbar sedikit ketika menghidang dan siap!

3. Singgang Ika Aya Ganu Style

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan aya (tongkol)
  • 2 biji bawang putih – dimayang
  • 1 inci lengkuas – hiris nipis
  • 1 inci kunyit hidup – hiris nipis
  • 2 ulas bawang merah – dimayang
  • 1 keping asam keping
  • Lada harum – atas masing-masing

Cara membuat:

  1. Didihkan air dalam periuk, masukkan semua bahan-bahan kecuali ikan. Gunakan api sederhana dan tunggu sehingga mendidih.
  2. Bila sudah mendidih, tukar api kepada api paling perlahan dan kemudian masukkan ikan.
  3. Reneh atas dapur sehingga ikan masak. Masukkan lada jarum secukup rasa.
  4. Siap!

4. Singgang Ikan Pedas

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan daun baru – dicuci bersih & dipotong
  • 300 gram nenas – dipotong
  • 1 biji tomato – dibelah 4
  • 7 biji kacang bendi
  • 3 tangkai daun kesum
  • 3 biji limau kasturi – ambil jus
  • 800 ml air
  • 2 sudu teh garam – secukup rasa

Bahan kisar:

  • 2 biji cili besar merah
  • 7 biji cili padi
  • 1/2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit

Cara memasak:

  1. Kisarkan semua bahan kisar sehingga lumat.
  2. Masukkan air kedalam periuk. Rebuskan kesemua bahan kisar hingga mendidih. Masukkan ikan dan nenas serta kacang bendi. Biarkan sehingga ikan masak.
  3. Masukkan garam halus secukup rasa dan tambahkan tomato serta jus limau.
  4. Siap.

5. Singgang Asam Pedas Ikan Kunyit

Bahan-bahan:

  • 17 ekor ikan kunyit disiang
  • 2 sudu besar bawang besar – dikisar
  • 3 keping asam kepung
  • Segenggam daun kesum
  • 1 jag air
  • 2 sudu teh garam
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 1 1/2 sudu besar cili boh

Cara memasak:

  1. Siang ikan kunyit dan bersihkan.
  2. Masukkan air ke dalam periuk. Tambahkan bawang yang dikisar, cili boh dan asam keping.
  3. Masukkan ikan dan daun kesum.
  4. Apabila hampir masak, masukkan tomato.
  5. Apabila kuah dah menggelegak, tutupkan api dan sedia untuk dihidang.
  6. Siap.

Selamat mencuba!

Sumber: cookpad

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 2,034 times!)