Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Teringin Jagung Manis Pasar Malam Tapi Malas Bersesak? Jom Buat Sendiri, Sangat Mudah Rasa Dia Memang 5 Star!

Teringin Jagung Manis Pasar Malam Tapi Malas Bersesak? Jom Buat Sendiri, Sangat Mudah Rasa Dia Memang 5 Star!

Kategori:
resepi jagung susu

Selain daripada jagung McDonald’s pastinya jagung manis yang dijual di pasar malam juga merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Teringin nak makan? Tapi malas bersesak di tempat awam. Apa kata buat sendiri menggunakan 4 bahan ini.

Teringin Jagung Manis Pasar Malam Tapi Malas Bersesak? Jom Buat Sendiri, Sangat Mudah Rasa Dia Memang 5 Star!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin jagung kernel
  • Planta secukupnya (sy tambah butterlite skit)
  • Gula jika anda suka manis
  • Susu cair

CARA PENYEDIAAN:

  1. Didih kan air dalam periuk sesuai
  2. Letak jagung dalam penapis tahan panas.
  3. Kukus sekejap jagung (3-4minit)
  4. Tutup api, masukkan jagung dlm mangkuk
  5. Masukkan majerin & butter (sesuai selera)
  6. Masukkan gula jika suka
  7. Gaul sebati
  8. Masukkan susu cair secukupnya
  9. Gaul² (kalau suka cheese boleh letak)
  10. Siap.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Dani Shoppe’s

tags: | | |