Sedapnya jeli kelapa ni, lagi-lagi kalau buat sendiri. Memang dijamin bersih 100%, buat sendiri baru puas hati. Paling sedap makan sejuk-sejuk selepas disimpan di dalam peti. Fuhh! Jom cuba.
Resepi Jeli Kelapa Homemade
Bahan-bahan:
- 1 paket agar2 tali (serbuk agar2 pun boleh)
- 5 liter air+air kelapa muda (*campur 2 jenis air tu jadikn 5 liter sahaja)
- 2 1/2 cawan gula
- 2 helai daun pandan
- 2 biji kelapa muda (Airnya sekali. Nak letak lebih pun takpe. Asal air tu jd 5 liter je)
- Sedikit garam
Cara-cara:
- Masak agar-agar bersama air dan air kelapa. Masukkan juga sedikit garam dan daun pandan. Masak sehingga agar-agar larut.
- Kemudian baru masukkan gula.
- Tutup api dahulu dan baru masukkan kelapa muda yang sudah diparut.
- Akhir sekali boleh letak dalam bekas.
- Letak dalam peti, makan sejuk sejuk baru sedap!
Kredit: Mariatul Khibtiyah
Selamat mencuba!