Jemput-jemput atau cucur merupakan makanan yang sangat mudah untuk dibuat dan menjadi kesukaan seisi keluarga. Pelbagai variasi jemput-jemput yang ada, dari jemput-jemput bawang, jemput-jemput udang, jemput-jemput kentang dan sebagainya.
Setiap variasi cucur mengikut selera individu itu masing-masing. Seperti, jemput-jemput kentang yang menjadi perkongsian ovenedayu di akaun TikTok miliknya. Hanya dengan menggunakan 5 bahan yang mudah sahaja jemput-jemput itu boleh dibuat.
“Sedap Ni, Favourite Husband Kita..”, Resepi Jemput-Jemput Kentang Yang Mudah Jadi Kegemaran Ramai, Jom Cuba!
Bahan-bahan:
- 2 Cawan tepung gandum
- 2 Biji kentang (dipotong mengikut citarasa)
- 1 Biji telur
- Garam
- Air
Cara Penyediaan:
- Masukkan 2 cawan tepung gandum, 2 biji kentang yang telah dipotong mengikut citarasa masing-masing, sedikit garam dan air panas secukupnya ke dalam bekas. Kacau sehingga adunan sebati.
- Kemudian, masukkan sebiji telur ke dalam bekas tersebut dan kacau sehingga adunan menjadi sebati.
- Goreng sehingga garing ataupun masak, mengikut citarasa masing-masing.
- Sedia untuk dihidang untuk seisi keluarga.
Mudah bukan nak buat jemput-jemput ni? Kalau masih belum faham korang boleh tengok video di akaun TikTok milik @ovenedayu.
@ovenedayu Bfast jemput jemput kentang jom! 5 bahan je! akak ni suka yang mudah dan simple💛 #resepicekodok #resepisimple #resepimudah #homecooking #masakdirumah #reelsclasswithdhuna #breakfast #sarapan #fyp
@ovenedayu Bfast jemput jemput kentang jom! 5 bahan je! akak ni suka yang mudah dan simple💛 #resepicekodok #resepisimple #resepimudah #homecooking #masakdirumah #reelsclasswithdhuna #breakfast #sarapan #fyp ♬ original sound – kurt
Selamat mencuba kepada semua penggemar jemput-jemput kentang, jangan lupa hasut orang lain buat resepi nak jugak.
Sumber: Ovenadayu