Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kari Ayam Tanpa Santan, Lebih Sihat Tapi Tetap Sedap! Memang Menjadi

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan, Lebih Sihat Tapi Tetap Sedap! Memang Menjadi

Kategori: ,
kari ayam tanpa santan

Kari ayam merupakan hidangan yang sangat menyelerakan dan menjadi kegemaran ramai, terutamanya di kalangan rakyat Malaysia. Sering dimakan bersama sepinggan nasi putih, bagi sesetengah orang, ia memang lauk yang wajib ada.

Namun, bagi mereka yang ingin kurus dan menjaga badan, tentu akan mengelakkannya kerana kandungan santan yang digunakan. Tentu ramai yang menyangka resepi kari ayam tanpa santan ini tak sedap tapi wanita ini Hajar Mohd, berjaya mengolah resepi kari ayam tanpa santan. Lebih sihat tapi tetap sedap. Jom baca untuk ketahui caranya.

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan, Lebih Sihat Tapi Tetap Sedap! Memang Menjadi

Bahan-bahan

  • 3 tangkai daun kari
  • Sebiji bawang besar
  • Cili kering (potong pendek-pendek)
  • Herba empat sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
  • Jintan manis sesudu
  • Serai sebatang
  • Sebelah ayam
  • Kentang
  • Air
  • Garam
  • Perasa
  • Asam keping atau asam jawa
  • Sebiji tomato (potong dua)
  • Minyak masak kari ayam tanpa santan

Bahan kisar

  • Halia sebesar ibu jari
  • 5 ulas bawang putih
  • Serai sebatang
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato kari ayam tanpa santan

Bahan pes

  • 2 sudu makan rempah kari ayam – guna yang ini
  • 1 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • Air kari ayam tanpa santan

Cara penyediaan

  1. Kisar bahan kisar sehingga lumat dan ketepikan.
  2. Bancuh bahan pes kari dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak. Tumis daun kari, serai, bawang besar, jintan manis, cili kering. kari ayam tanpa santan
  4. Bila sudah garing yang tumis tadi, masukkan bahan yang dikisar tadi. kari ayam tanpa santan
  5. Bila dah masak bahan kisar tu sampai minyak naik, masukkan pes kari tadi. Nanti pinggan tu akan ada saki baki pes kari. Letakkan sedikit air, goyang dan masukkan air dalam periuk ya. Pastikan api juga perlahan. kari ayam tanpa santan
  6. Selepas kari dah masak dan minyak terbit, masukkan daging ayam dan kentang yang telah dibelah. kari ayam tanpa santan
  7. Untuk cepat masak, tutup kari dengan penutup periuk. kari ayam tanpa santan
  8. Periksa kari sekali-sekala supaya tidak hangit. Jika kering, boleh tambahkan sedikit air. Biarkan masak sempurna. Ketika ini, boleh tambahkan asam keping atau asam jawa, garam dan serbuk perasa. kari ayam tanpa santan
  9. Masukkan tomato. kari ayam tanpa santan
  10. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. kari ayam tanpa santan

Walaupun tanpa santan, kari ayam ini nampak sangat sedap! Lebih sihat dan tak menggunakan santan, tentunya resepi sesuai untuk anda yang sedang menjaga berat badan. Rugi tak cuba!

Selamat mencuba resepi ini dan jangan lupa untuk kongsikan pada semua.

Kredit: Hajar Mohd di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Lauk Feveret Ramai; Ayam Goreng Kunyit Berempah Versi Lebih Sedap & Berperisa

tags: | | |