Bosan dengan lauk tengahhari yang biasa seperti menggunakan lauk ikan, ayam. Kadang kadang tekak juga ingin merasa lauk seafood tapi masih mahu dimasak secara melayu.
Kebiasannya kita akan dengar resepi gulai kuning ketam. Resepi kali ini adalah Kari Ketam Tumis Darat, selalunya ketam jarang orang akan tumis darat. Tetapi resepi kali ini, berbeza dari yang lain.
Bosan Dengan Resepi Biasa Ketam? Ini Resepi Baru Kari Ketam Tumis Darat Bersama Nenas
Resepi ini dikongsikan oleh Puan Badariah Azimi di Facebook Page Masak Apa Hari Ini? (MAHI) – Official. Netizen ramai teruja dengan resepi Kari Ketam Tumis Darat dan ingin mencuba memasaknya juga.
Bahan A:
- 1 ulas bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
(3 bahan di mesin sekali)
- 2 paket kecil rempah udang/ketam
- 1 paket kecil rempah kari ikan
- 1/2 biji nanas masak (dihiris nipis)
- 4-5 ekor ketam
- 1 cawan air
Bahan B:
- Santan
- 1 biji cili hijau
- 1 biji cili merah
- 1 biji tomato (belah 4)
- Garam
- Bahan perasa
Bahan C:
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 3 helai daun kari
- 1 helai daun pandan (optional)
- 1 sudu besar halba campur
Cara-cara:
Untuk Bahan A
- Blend or tumbuk bawang-bawang dan masukkan ke dalam periuk.
- Masukkan nenas,rempah kari, air dan kacau sebati.
- Masukkan ketam dan tutup periuk
- Rebus bahan A dahulu supaya rempah dan ketam masak.
Untuk Bahan B
- Bila sudah mendidih, masukkan bahan B.
- Masak sebentar lagi sambil kacau.
- Pastikan santan tidak pecah minyak, masukkan tomato dan cili yg telah di potong tadi.
- Matikan api.
- Dalam kuali, masukkan minyak masak kira-kira 2 senduk.
Untuk Bahan C
- Tumis bahan C sampai garing sedikit lepas tu tutupkan api
- Masukkan terus kedalam kari ketam tadi siap.
Rupanya Kari Ketam Tumis Darat Ini Orang Utara Selalu Buat
Menjengah di ruangan komen, ada seorang komen bahawa ketam sangat jarang untuk ditumis darat. Rupanya, wanita yang berkongsi resepi ini memberitahu ini adalah style orang utara.
Diharap perkongsian Resepi Kari Ketam Tumis Darat ini dapat memberi serba sedikit idea kepada anda yang ingin inovasi masak ketam. Mudah dan senang untuk disiapkan bila kita asingkan bahan bahan mengikut turutan.
Selamat mencuba!
Kredit: Puan Badariah Azimi
Baca Juga: Ketam Kari Masak Telur