Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Karipap Pusing Yang Sangat Kemas Dan Cantik Terbentuk, Bila Goreng Memang Rangup

Resepi Karipap Pusing Yang Sangat Kemas Dan Cantik Terbentuk, Bila Goreng Memang Rangup

Kategori:
resepi karipap pusing

Apa beza karipap pusing dan karipap biasa sebenarnya? Okay, bezanya adalah pada kulitnya. Karipap pusing dia mempunyai garisan bulatan, manakala karipap biasa ia tidak mempunyai apa-apa garisan. Kebiasaanya karipap pusing adalah lebih sedap dan rangup berbanding karipap biasa.

Cuma nak membuat karipap pusing ini memerlukan kesabaran kerana banyak langkah yang perlu kita lakukan sebelum menjadi sebiji karipap. Jadi kalau anda nak cuba buat karipap pusing ni, boleh rujuk resepi kat bawah ini ye.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Bahagian tepung luar, 1 kg tepung gandum dan 2 sudu makan minyak. Masukkan minyak yang dipanaskan tadi ke dalam tepung. Gaulkan sehingga menjadi serbuk roti.
  2. Masukkan air dari peti ais dan garam. Putarkan. Nak putar guna mesin pun boleh, uli dengan tangan pun boleh.
  3. Kalau uli menggunakan mesin lebih kurang 5 minit sahaja. Uli jangan terlalu lembut dohnya. Agak-agak boleh kepal seperti dalam gambar.
  4. Apabila dah kepal macam tadi, bungkuskan dalam plastik. Perapkan lebih kurang 3/4 jam. Biarkan ia di dalam plastik.
  5. Apabila dah cukup 4 jam boleh lah buat doh marjerin (inti dalam).
    – Panaskan marjerin agak-agak cukup untuk 1/2kg tepung.
    – Agak-agak suam campurkan dalam tepung dan tambahakan 1 sudu kecil shortening.
    – Uli dan buatkan bulat-bulat.
    – Jangan dedah dekat angin sangat nanti doh cepat keras.
  6. Korang ambilkan tepung doh luar tadi bulatkan dan leperkan. Ambik doh marjerin dan letakkan atas doh luar tadi. Bungkus jadi bulat macam dalam gambar. Bungkuskan dalam plastik juga supaya doh tak kering.
  7. Ambil sebiji dan gelek macam ni.
  8. Kemudian gulung macam ni.
  9. Lepastu gelek sekali lagu dan gulung lagi macam ni.
  10. Kemudian boleh potong agak-agak tebal macam ni.
  11. Tepung yang kecil tu lebihan potongan tepung, ambil sedikit untuk buat penampal supaya masa goreng nanti inti tak terkeluar.
  12. Dia akan jadi macam ni. Tapi pastikan anda gelek bahagian yang bawah dia tu tau. Ini diterbalikkan sebab nak tunjuk dekat anda  bahagian penampal tu bila dah di gelek.
  13. Kemudian anda boleh masukkan inti yang anda suka. Sebelum tutup kelim pastikan sapu sedikit air dekat keliling tu sebagai gam. Supaya nanti masa goreng karipap tak ternganga.
  14. Apabila semuanya dah siap, boleh lah menggoreng sehingga masak.

Mudah sahaja nak buat Karipap Pusing ini kan? Jadi tunggu apa lagi tu. Jom kita cuba buat sekarang. Kalau sedap boleh lah buat jualan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Ros Lah Via MATJHN

Baca juga: Karipap Timbul Jerawat Lebih Sedap? Peniaga Ini Dedah Resepi Jualannya. Boleh Cuba Sendiri Dekat Rumah!

tags: |