Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Kukus Pelangi

Resepi Kek Kukus Pelangi

Kategori: ,
pelangi

Kek Kukus Pelangi

pelangi

Nak buat kek kukus pelangi yang lembut, gebu dan lembab. Tapi anda tak tahu nak buat. Jom ikut resepi ni senang, ringkas dan cepat nak sediakan.

Kek kukus pelangi ni antara variasi kek yang sangat menarik. Mempunyai pelbagai lapisan warna yang membuatkan kek tersebut kelihatan menarik dan enak untuk dimakan. Kanak – kanak mesti lebih gemar dengan kek ini kerana dengan rupanya yang menarik.

Jadi mari cuba masak kek ini dengan mengikuti langkah yang diberi.

Bahan – Bahan :

  • 4 biji telur (gred A)
  • 150g gula halus
  • 150g tepung kek/gandum
  • 4 sudu besar susu segar/UHT/cair
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 3/4 sudu besar ovalett
  • 110 ml minyak jagung/masak
  • pewarna makanan pilihan (mengikut kesukaan anda)
  • Loyang (7×3 inci)

Cara Penyediaan :

  1. Campurkan telur, gula halus, ovalett dan susu cair. Putar sehingga gebu dan kembang.
  2. Masukkan tepung kek/gandum kedalam adunan tadi. Kaup dan putar hingga sebati.
  3. Pada masa yang sama masukkan minyak jagung. Kacau sebati.
  4. Selepas selesai bahagikan adunan tadi sama rata & warnakan.
  5. Sapukan loyang dengan miyak dan lapikan dengan non-stick baking paper.
  6. Tuang adunan warna pertama & kukus selama 3 minit (Pastikan air dalam periuk kukusan dah mendidih sebelum mengukus )
  7. Kukus setiap lapisan selama 3 minit dan lapisan terakhir kukus selama 5 minit (Kukus dengan api sederhana)

 

tags: | | | | |