Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Marble Bajet, Guna 5 Bahan Saja Pun Tetap Gebu & Moist

Resepi Kek Marble Bajet, Guna 5 Bahan Saja Pun Tetap Gebu & Moist

Kategori: ,
Kek Marble Bajet

Kek marble mempunyai rupa yang sangat cantik dan menarik. Melihat coraknya yang seakan marble, ramai yang menyangka bahawa ia sukar untuk disediakan dan ia memerlukan banyak bahan untuk menghasilkannya.

Tak juga! Sebenarnya mudah sahaja, lebih-lebih lagi jika anda mengikuti resepi kek marble bajet ini yang telah dikongsikan oleh Azlina_ina ini. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Resepi Kek Marble Bajet, Guna 5 Bahan Saja Pun Tetap Gebu & Moist

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan marjerin
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 4 biji telur saiz B
  • 2 cawan tepung naik sendiri atau tepung gandum ditambah 1 sudu baking powder
  • 3 sudu serbuk koko atau milo Kek Marble Bajet

Cara-caranya

  1. Satukan marjerin dan susu dan gaul sehingga sebati.
  2. Bila sudah sebati, masukkan telur.
  3. Kemudian, masukkan tepung.
  4. Bahagikan pada dua adunan. Satu campurkan dengan serbuk koko atau milo.
  5. Tuang selang seli dalam loyang. Resepi ini menggunakan loyang saiz 8. Kek Marble Bajet
  6. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau mengikut kesesuain oven anda. Kek Marble BajetKek Marble Bajet Kek Marble Bajet  Kek Marble Bajet

Akhirnya dah siap kek marble bajet ini. Nampak sangat cantik dan dapur pun wangi dengan bau kek tersebut. Rugi kalau tak cuba, memang sedap dan menyelerakan.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Azlina_ina

Baca Juga: Jom Cuba Resepi Premium Royal Thai Buttercake, Desert Lovers Perlu Cuba!

tags: