Kek pandan bersantan ini rasanya lemak dan gebu. Memang menyelerakan. Sekali hidang memang terus licin. Kalau bakar kek pandan bersantan ini satu rumah harum dengan bau pandan daripada kek ini.

Resepi Kek Pandan Bersantan Harum Semerbak, Sekali Hidang Dah Licin

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan gula (kena tambah gula kalau jenis yang makan manis, kami macam ni pun dah rasa manis sebab ada guna susu pekat jugak)
  • 1 sdm ovelet
  • 4 sdm susu pekat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdk penuh baking powder (tadi guna separuh sudu makan, sama la tu kan 😀 )
  • 1 kotak santan adabi 200ml
  • pewarna hijau
  • 1 sdk vanilla (optional) ada perisa pandan lagi bagus.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Mix telur pastu masukkan gula sikit demi sikit sambil mix, campur sekali ovelet dan susu pekat. Mix sampai gebu.
  2. Masukkan tepung dan baking powder. Masa ni nak kaup balik pakai senduk pun boleh. Guna mixer cepat sikit.
  3. Last masukkan santan dan pewarna.
  4. Bakar suhu 160°c api atas bawah, 40 minit. Oven saya kena kecikkan lagi suhu lepas 10-15minit. Nanti mesti hangit atas.

*Bagi yang tak biasa buat kek, panaskan dulu oven 10minit

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Dilla Mia Via MAHN

Baca juga: Donut Pandan Gebu Gebas Memang Sedap, Ini Resepinya

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 320 times!)