Pada post kali ini kami ingin kongsikan resepi membuat Kek Red Velvet dengan cara yang cukup mudah. Pasti ramai peminat tegar Kek Red Velvet di sini kan? Resepi Kek Red Velvet ini sangat mudah, oleh itu anda boleh mencubanya di rumah sekali gus anda juga dapat mengawal kadar gula dan kebersihan Kek Red Velvet tersebut. Resepi Kek Red Velvet ini sangat-sangat mudah, dan sedap dimakan.
BAHAN-BAHAN:
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu besar pewarna merah
- 60gm butter tanpa garam
- 3/4 cawan gula
- 1 biji telur gred A
- 1/2 sudu kecil esen vanila
- 1/2 cawan susu segar dan campurkan bersama 1/2 sudu jus lemon
- 1/2 sudu kecil cuka masakan
- 1/2 sudu kecil baking soda
BAHAN UNTUK CREAM CHEESE TOPPING:
- 250gm cream cheese
- 4 sudu besar mentega
- 1/3 cwn gula icing(diayak)
- 1 sudu kecil jus lemon
CARA MENYEDIAKAN KEK RED VELVET:
- Di dalam satu bekas, ayak tepung, baking powder serta garam. Kemudian, ketepikan.
- Dalam satu mangkuk yang kecil, satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata hingga menjadi paste @ tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.
- Pukul mentega dan gula hingga lembut dan gebu dengan menggunakan mixer.
- Masukkan telur dan pukul lagi sehingga adunan betul-betul sebati.
- Masukkan esen vanila kemudian campuran serbuk koko dan pewarna merah tadi. Selepas itu pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung gandum dengan cara berselang seli dengan campuran susu segar dan jus lemon.
- Dengan cara mulakan dengan tepung gandum dan diakhiri dengan tepung gandum (contoh: tepung, susu, tepung, susu dan akhir tepung)
- Dalam satu bekas kecil yang lain, satukan cuka serta baking soda.
- Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaulkan sempurna dengan sudu.
- Tuangkan adunan tadi ke dalam bekas loyang pembakar berukuran 6 inci yang telah disapu dengan mentega dan di alas dasarnya dengan kertas minyak. (letak dalam cupcake pun boleh)
- Bakar pada suhu 175 C selama 50 minit – 1 jam atau sehingga ianya masak. Setelah kek masak, kemudian sejukkan dahulu.
- Bahagikan kek kepada 2 atau 3 lapisan mengikut citarasa masing-masing.
CARA MENYEDIAKAN CREAM CHEESE TOPPING :
- Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu.
- Sapukan Cream Cheese ke atas setiap lapisan kek.
- Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dengan cream cheese.
- Hias ikut kreativiti masing2.
- Simpan di dalam peti sejuk seketika sehingga cream cheese keras sedikit.
SIAP! SELAMAT MENCUBA.
Kredit: Limau Nipis.