Untuk minum petang, cucur dan kuih-muih sering menjadi pilihan ramai tapi kadang-kadang kita juga akan berasa bosan dengan menu yang berulang, kan?
Kalau anda tercari-cari menu minum petang yang baru, bolehlah cuba resepi kentang ranggup berperisa ini yang telah dikongsikan oleh Nor Seri Azlina Bustani di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Ringkas sahaja, jom baca cara dia membuatnya.
Resepi Kentang Rangup Berperisa, Sesuai Buat Snek Untuk Minum Petang, Anak-Anak Pasti Suka!
Bahan-bahan
- Kentang (direbus sehingga lembut, tapis dan lenyek)
- Lobak merah (dihiris halus)
- Daun sup (dihiris halus)
- Daun bawang (dihiris halus)
- Cili hijau thai (dihiris halus) – dapatkan yang murah di sini
- 1/2 cawan tepung jagung
- 3 sudu tepung beras
- Lada sulah
- Garam
- Serbuk perasa
Cara-caranya
- Rebuskan kentang sehingga lembut. Tapis air sampai kentang kering
- Tumbuk kentang dan masukkan hiris halus lobak merah, daun sup, daun bawang, cili hijau thai, lada sulah, garam, tepung jagung, tepung beras.
- Gaul halus canaikan bentuk bulat dan potong menggunakan pisau, bentukkan seperti jejari.
- Kemudian, masukkan dalam peti ais di bahagian chiller dalam setengah jam.
- Goreng pada api yang panas.
- Sedia untuk dinikmati.
Nampak sedap sungguh jejari kentang rangup berperisa ini, kan? Kalau buat anak-anak pun tentu mereka akan suka, satu takkan cukup punya. Jadi, pastikan anda goreng banyak-banyak terus tau!
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Nor Seri Azlina Bustani
Baca Juga: Cara Buat Korean Garlic Bread Dengan Mudah, Guna Roti Gardenia Lebih Mudah & Tetap Menjadi