Pernah tak dengar menu kerabu daging mentah? Dengar perkataan mentah tu mesti anda rasa ragu-ragu nak makan kan?
Kerabu daging mentah ni memang menjadi makanan dan resepi turun temurun orang Kedah. Nama sahaja mentah, tetapi sebenarnya apabila makanan diperap dengan air limau, ia boleh dimakan. Macam kerabu sotong dan ikan tu.
Ia bukanlah hidangan mentah yang berdarah tu. Itu haram dimakan! Haaa nak tahu macam mana buat dan apa rasa dia! Jom ikut resepi ini. Senang dan sedap!
“Memang Guna Daging Fresh”, Resipi Kerabu Daging Mentah, Menu Wajib Bila Musim Raya Haji!
Bahan-Bahan:
- 300 gram daging batang pinang
- 3 batang serai
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 5 tangkai cili padi
- 1 sudu teh lada hitam
- sedikit belacan
- 3-5 biji bawang kecil
- 1 biji limau nipis
- garam
- gula
- santan
- kerisik
Cara Penyediaan:
- Daging segar dihiris kemudian dicuci bersih.
- Lalu, sejat air daging dalam penapis.
- Apabila dah kering, air daging tu boleh dicincang halus.
- Kemudian, tumbuk semua bahan (serai, halia, lengkuas, cili padi, lada hitam, belacan). Nak guna blender kering pun boleh.
- Lepas tu campur semua bahan yang ditumbuk tadi dalam daging cincang dan gaul sebati.
- Perap dalam setengah jam atau yang tak mahu perap pun boleh.
- Lepas tu boleh masukkan garam, gula, kerisik dan bawang kecil yang dihirs nipis dan digaul rata.
- Akhir sekali, masukkan santan dan limau nipis ikut selera masing-masing.
- Ada yang suka berkuah, ada yang suka basah-basah sahaja kerabu daging tu. Buat ikut selera masing-masing.
Siap kerabu daging mentah kita! Bolehlah dimakan bersama nasi panas-panas. Memang sedap dengan rasa masam masam limau tadi. Biasa makan kerabu perut je kan? Cubalah yang ini pula!
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Ramnizah Mimi
Baca juga: “Beginilah Setiap Tahun..”, Cuci Perut Lembu Guna Mesin Basuh, Ramai Netizen Tercengang