Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kuah Kacang Raya

Resepi Kuah Kacang Raya

Kategori: ,
kuah kacang

Resepi Kuah Kacang

kuah kacang

Kalau musim raya makanan yang wajib ada selain ketupat mesti kuah kacang yang sangat sedap dihidangkan bersama satay dan nasi himpit. Kuah kacang yang sedap haruslah mempunyai rasa pedas, lemak, masin dan manis yang secukupnya. Bagi tekstur pula, kacang tanah dikisar kasar dan minyaknya pecah dan terapung elok di dalam kuah menandakan kuah dimasak dengan masa yang secukupnya dan bakal tahan lama jika disimpan.

Kali ni kami sediakan resepi simple tapi jangan pandang rendah pada kesedapannya. Kalau korang tak faham korang boleh tengok link video yang kami sediakan dekat bawah. Selamat Mencuba!!!

Bahan – bahan :

  • 500G kacang tanah
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 4 batang serai (dipotong)
  • 2 cawan air
  • 1 ruas gula melaka
  • 3 sudu gula perang
  • Garam

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak, kemudian goreng kacang tanah sehingga garing. (kacau sentiasa)
  2. Selepas siap terus tapis kacang dan buang minyaknya, kemudian kisar kacang(Jangan kisar terlalu halus). Ketepikan.
  3. Masukkan 2 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 2 inci halia, 1 inci lengkuas, 4 batang serai yang dipotong dan 1/2 cawan air  ke dalam blender. Kisar kesemua bahan.
  4. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar tadi hingga pecah minyak. Kemudian masukkan 1/2 cawan air dan kacang tanah yang dikisar.
  5. Kemudian tambah 1 cawan air, 1 ruas gula melaka, 3 sudu gula perang dan garam secukup rasa.
  6. Tunggu hingga mendidih dan siap.

 

tags: | | | | | | | |