Kuih akok merupakan kuih tradisional yang terkenal di Malaysia. Memang ramai peminat akok yang menggemari kuih ini. Tambah lagi di bulan puasa ni, tengok gambar je dah terliur.
Kalau anda mengidam nak makan kuih akok ni, boleh cuba buat sendiri untuk berbuka nanti. Mudah sahaja caranya dengan menggunakan resepi perkongsian daripada Sitisarah Hamid ini.
Resepi Kuih Akok
Bahan-bahan:
- 6 biji telur
- 2 keping gula melaka besar
- 1 cawan santan
- Garam 1/2 sudu kecil
- 3 sudu makan tepung gandum
- 1/3 cawan air
Cara-cara:
- Cairkan gula melaka bersama air.
- Selepas itu, kisarkan semua bahan termasuk gula melaka yang dicairkan tadi sehingga sebati.
- Bakar menggunakan trio cupcake maker sehingga masak.
- Siap!
Kredit: Sitisarah Hamid
Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Onde-Onde Sedap Dan Lembut