Pada post kali ini, saya akan berkongsikan dengan korang semua Resepi Kuih Lapis yang mudah dan lazat. Bahan-bahan untuk membuatnya juga sangat ringkas dan mudah untuk diperolehi.

Kuih lapis merupakan salah satu kuih yang sangat digemari oleh semua orang tak kira bangsa. Namun sekarang ini susah betul nak dapatkan kuih ini kan. Kalau ada pun punya lah mahal dan kadang-kadang tu, tak kena dengan selera kita kan.

So apa kata hari ini kita buat sendiri je kuih ni, mana tahu kan dapat memikat hati korang semua. Ikuti resepi seperti dibawah.

Resepi Kuih Lapis

Bahan A

  • 400 gm tepung beras
  • 200 gm tepung gandum
  • 300 ml santan pekat – KARA
  • 450 ml air
  • 1 sudu teh esen rose
  • 1 sudu besar minyak

Bahan B

  • 500 gm gula kaster
  • 100 ml santan pekat
  • 900 ml air
  • 1 sudu teh garam
  • 3 helai daun pandan
  • Pewarna merah, hijau

*** Jika suka lebih bersantan, kurangkan sukatan air dan tambahkan di sukatan santan

Cara-Cara Memasak

  1. Satukan Bahan A, gaulkan rata dan tapiskan. Ketepikan dahulu.
  2. Masak Bahan B sehingga mendidih, kemudian tuangkan ke dalam adunan Bahan A dan adukkan hingga sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada 9 bahagian. Bairkan 4 bahagian tanpa warna, dan 3 bahagian merah dan 2 bahagian hijau (250 ml setiap lapisan)
  4. Tuang 1 adunan warna merah (250ml) ke dalam loyang, kukus 4 minit kemudian tuang adunan putih, kukus 4 minit dan diikuti adunan hijau.
  5. Ulangi proses melapis hingga habis. Lapisan yang terakhir dikukus lagi 1/2 jam sehingga masak.
  6. Biarkan betul-betul sejuk. Kemudian potong dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. Belum cuba belum tahu.

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 66 times!)