Disebabkan kebanjiran kuih-kuih moden yang ada di pasaran sekarang, kuih tradisional seperti kuih putu kacang makin sukar untuk dijumpai pada Hari Raya.
Lagipun, jarang kita jumpa orang bandar yang pandai buat, biasanya orang-orang tua saja yang tahu resepi kuih legend ini.
Disebabkan rupanya yang cantik, ramai yang ingat kuih ini dibakar. Sebenarnya, kuih putu kacang tak perlu bakar pun! Hanya jemur di bawah matahari.
Begitulah betapa hebatnya nenek moyang kita berinovasi dalam menghasilkan kuih dengan cara yang ringkas.
Bahan yang digunakan pun tak banyak, hanya dua sahaja iaitu kacang hijau dan gula.
Supaya kuih ini tidak tenggelam ditelan zaman, apa kata kita cuba buatnya sempena Hari Raya yang bakal menjelma nanti ?
Jom kita ikuti resepi dari salah seorang pengguna Facebook yang biasa mengambil tempahan kuih ini setiap kali Hari Raya.
Anda juga perlu ketahui beberapa tips penting untuk mendapatkan bentuk serta rasa kuih putu kacang yang enak serta tekstur yang tepat.
Tips-tips yang anda boleh ikuti adalah seperti berikut :
Mudah saja rupanya cara untuk buat kuih putu kacang. Rugi kalau anda tak cuba buat sendiri di rumah! Bolehlah anda nikmatinya bersama rakan, keluarga serta tetamu yang bertandang pada Hari Raya nanti. Selamat mencuba !
Kredit : Chek Kuna Ahmad