Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Kuih Tradisional Ini Susah Nak Cari? Ini Caranya Untuk Buat Sendiri Kuih Abuk-Abuk Di Rumah

Kuih Tradisional Ini Susah Nak Cari? Ini Caranya Untuk Buat Sendiri Kuih Abuk-Abuk Di Rumah

Kategori: ,
KUIH ABUK-ABUK

Zaman sekarang agar sukar untuk mencari kuih tradisional yang dijual. Antara kuih yang makin dilupakan dan susah untuk dicari adalah kuih abuk-abuk. Bagi mereka yang pernah merasainya, mesti merinduinya.

Sudah penat pusing serata kedai tapi masih tak jumpa kuih ini? Jomlah buat sendiri di rumah. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati di mana-mana kedai dan kaedah penyediaannya amat ringkas. Jom ikuti resepi kuih abuk-abuk yang telah dikongsikan oleh Illyani Mokhtar di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Resepi Kuih Abuk-Abuk

Bahan-Bahan

  • 1 1/2 cawan sagu biji
  • 1 cawan kelapa parut (bahagian putih sahaja)
  • Garam secukup rasa
  • Gula melaka (dipotong halus) atau gula merah
  • Daun pisang
  • Lidi (kerat kecil) untuk sematan

Cara Penyediaan

  1. Bilas sagu dengan air bersih dan toskan. Biarkan selama 10 minit.
  2. Campurkan sagu biji dengan kelapa dan garam. Gaul sehingga rata. KUIH ABUK-ABUK
  3. Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong. Masukkan campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh. KUIH ABUK-ABUK
  4. Masukkan sesudu gula melaka atau gula merah.
  5. Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelongsong (jangan terlalu penuh, tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong).
  6. Lipatkan kelongsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan.
  7. Kukus selama 10 hingga 15 minit. KUIH ABUK-ABUK KUIH ABUK-ABUK

Resepi kuih ini mudah sahaja, kan? Bagi penggemar kuih tradisional, anda perlu mencubanya sekarang. Rasa sagu yang cukup manis dan seimbang sudah tentu akan membuat anda menggemarinya.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Illyani Mokhtar via MAHN

Baca Juga: Ini Caranya Untuk Buat Sendiri Kuih Pulut Merah Inti Kacang @ Kuih Cina Dengan Mudah Di Rumah

tags: |