Kuih sagu mata ikan merupakan antara kuih tradisional di Malaysia. Anda masih lagi boleh dapatkannya di mana-mana warung. Namun jika anda berada di kawasan bandar, nak cari itu agak mencabar.
Dari membeli, apa kata anda cuba resepi yang dikongsikan oleh Mohd Shah di group Resepi Kuih Muih? Nampak sangat mudah dan menarik. Bahan pun tak susah nak cari. Sambil anda di rumah itu, apa salahnya cuba. Kita isikan masa kosong dengan mengasah lagi masakan kita.
1. Didihkan air bersama perasa sirap. Kacau sehingga sebati.
2. Bila air dah mendidih, baru masukkan sagu. Kacau hingga rata selama 10 minit.
3. Kemudian bila dah nampak pekat sedikit, masukkan gula pasir. Jangan masuk gula pasir awal-awal, nanti susah nak hilang putih-putih biji sagu itu.
4. Kacau hingga pekat.
5. Bila dah likat sikit, masukkan ke dalam bekas atau loyang.
6. Kukus sehingga sagu kembang dan tiada lagi putih-putih (kaedah kukus digunakan bagi mendapatkan struktur sagu yang berbiji-biji)
7. Kemudia sejukkan sagu di luar.
8. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa dan gaulkan bersama-sama kelapa putih. Siap untuk dihidang.
Peminat kuih sagu mata ikan wajib cuba resepi ini. Sangat mudah, kan? Cuma perlukan sedikit kesabaran. Namun hasilnya sangat puas hati. Tak percaya? Cuba dulu!
Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini kepada peminat kuih muih.
Kredit: Mohd Shah
Baca Juga: Dah Lama Tak Makan Asam Gumpal? Jom Kita Cuba Resepi Asam Gumpal Yang Lemak Berkrim Ini