Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Penggemar Drama Korea! Ini adalah Resepi Kuih Yakgwa, Manisan Paling Manis & Sedap Di Korea. Makan Sambil Tonton Movie Memang Best!

DM Editor by DM Editor
Januari 24, 2023
in Masak Apa Hari Ini?, Resepi
2 min read
0 0
0
Penggemar Drama Korea! Ini adalah Resepi Kuih Yakgwa, Manisan Paling Manis & Sedap Di Korea. Makan Sambil Tonton Movie Memang Best!
0
SHARES
186
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk penggemar cerita drama korea, semestinya sentiasa terliur jika melihat makanan yang ada dalam cerita tersebut. Tetapi selalu terfikir, bahawa susah di Malaysia ini nak dapatkan makanan korea yang pelik-pelik dan rare.

BacaJuga

Sotteok-Sotteok

Cara Buat Sotteok-Sotteok, Street Food Yang Femes Di Korea. Letak Lebih Banyak ‘Sos Istimewa’ Ini Untuk Lebih Puas Hati

September 28, 2022
8
BUDAE JJIGAE

Ini Resepi Budae Jjigae, Stew Korea Yang Paling Popular! Serius Sedap

Jun 16, 2022
61

Baru-baru ini, ada sebuah drama korea yang viral di Malaysia iaitu Alchemy of Souls. Di dalam cerita tersebut ada satu babak di mana hero drama tersebut, menggemari Kuih Yakgwa ini.

Penggemar Drama Korea! Ini adalah Resepi Kuih Yakgwa, Manisan Paling Manis & Sedap Di Korea. Makan Sambil Tonton Movie Memang Best!

Resepi ini dikongsikan oleh stressogal di dalam TikTok beliau. Beliau juga penggemar kepada drama korea dan membuat video untuk berkongsikan Resepi Kuih Yakgwa ini.

Kuih Yakgwa

Kuih Yakgwa

Bahan-Bahan Adunan:

  • 160g gula
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar minyak
  • 100g tepung donut
  • 330g tepung gandum
  • 60g tepung beras

Bahan-Bahan Sirap Madu:

  • 300g madu
  • 1/3 cawan air
  • 1 sudu besar gula
  • 2 keping halia
  • 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon

Cara Penyediaan Adunan:

  1. Masukkan gula ke dalam mangkuk atau bekas yang besar untuk memudahkan gaul adunan nanti.
  2. Masukkan telur dan pukul.
  3. Kemudian masukkan minyak dan gaulkan.
  4. Masukkan tepung gandum, tepung beras dan tepung donut dan gaulkan sehingga menjadi adunan untuk uli menjadi kuih.
  5. Sejukkan di dalam peti selama 1 jam.
  6. Selepas selesai sejukkan, boleh uli adunan tersebut dan gunakan acuan bentuk kuih yang ada suka.
  7. Selepas selesai, boleh goreng dengan minyak yang panas sehingga menjadi garing selama 3 hingga 5 minit.

Cara Penyediaan Sirap Madu:

  1. Masukkan madu yang ada di dalam botol sebanyak 300gram ke dalam periuk.
  2. Masuk air, gula, halia dan cinnamon dan gaulkan.
  3. Letakkan di atas api yang sederhana sambil gaulkan supaya ia tidak mengeras.
  4. Selepas selesai, Kuih Yakgwa yang telah digoreng tersebut dicelup ke dalam sirap madu selama 30 minit.

Kuih Yakgwa Kuih Yakgwa

Dah siap! Boleh buka terus cerita tengok kdrama Alchemy of Souls dan feeling-feeling Jang-Uk ada sebelah sambil makan Kuih Yakgwa.

Selamat Mencuba!

Kredit: stressogal

Baca Juga: Ini Rahsia Creamy Milk Donut Ala Korea Gebu Gebas, Memang Penuh Krim & Cair Dalam Mulut!

0/5 (0 Reviews)
Premium WordPress Themes Download
Download Premium WordPress Themes Free
Free Download WordPress Themes
Download Best WordPress Themes Free Download
free download udemy paid course
download samsung firmware
Tags: drama koreakoreaKuih Yakgwa
ShareTweetSend

Related Posts

cheese strawberry
Masak Apa Hari Ini?

Peniaga Kongsi Resepi Pencuci Mulut Cheese Strawberry, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!

Januari 27, 2023
11
Pernah Dengar Tak Overnight Oat? Siapa Yang Tengah Diet Sekarang Memang Sesuai Makan Menu Ni. Cara Buat Sangat Senang Dan Sedap!
diet

Pernah Dengar Tak Overnight Oat? Siapa Yang Tengah Diet Sekarang Memang Sesuai Makan Menu Ni. Cara Buat Sangat Senang Dan Sedap!

Januari 27, 2023
16
roti keju
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Roti Keju 2 Dalam 1 Jadi Kesukaan Seisi Keluarga, Paling Best Keju Meleleh Dalam Mulut Dengan Rasa Pedas!

Januari 26, 2023
133
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist