Hidangan laksa sudah menjadi kegilaan ramai. Malah, terdapat pelbagai jenis laksa yang boleh dicuba, antaranya adalah Laksa Mi Pangkor ini. Lain dari yang lain, pernahkan anda mencubanya?
Bagi anda yang tak pernah merasainya, pasti nak tahu, kan? Kalau begitu, resepi Laksa Mi Pangkor ini yang telah dikongsikan oleh Iza Abu Bakar di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) wajib dicuba. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.
Resepi Laksa Mi Pangkor Merecik! Confirm Hidangan Ini Jadi Penambat Hati Cik Abe
Bahan
Bahan kuah
- 1 ekor ikan tongkol (ikan lain pun boleh, dipotong)
- Air secukupnya
- 2 hingga 3 keping asam gelugur
- 3 ulas bawang putih (diketuk manja)
- Garam secukup rasa
Bahan sambal
- 3 sudu besar cili kisar
- 1 genggam ikan bilis
- Sedikit pes asam jawa
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- Gula
- Garam
Bahan hiasan
- Kacang pangjang (dipotong kecil dan digoreng sebentar)
- Lobak merah (dipotong dadu dan digoreng sebentar)
Cara penyediaan
- Mula-mula kita panaskan periuk, masukkan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih.
- Setelah bawang putih garing, masukkan air secukupnya.
- Masukkan asam keping dan biarkan sehingga mendidih.
- Masukkan pula ikan yang dipotong tadi dan biarkan seketika.
- Masukkan garam dan perasakan. Dah mendidih, tutup api.
- Dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan masak sebentar sehingga cili pecah minyak.
- Masukkan pes asam jawa yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sebati.
- Bila dah mendidih, masukkan ikan bilis. Kacau rata.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa. Bila dah mendidih, tutup api.
- Untuk sayur hiasan, goreng kacang pangjang dan lobak merah sebentar. Biarkan layu sedikit, tutup api.
- Akhir sekali, masukkan laksa mi yang dicelur tadi ke dalam mangkuk dan siramkan kuah. Kemudian, hiaskan dengan kacang pangjang dan lobak merah tadi dan masukkan sesudu besar sambal tumis. Kacau sebati, dah boleh makan.
Nampaknya laksa ini lebih ringkas dari yang lain tapi rasanya sangat sedap! Enak dimakan pada bila-bila masa, ia wajib dicuba oleh semua.
Selamat mencuba resepi ini.
Kredit: Iza Abu Bakar di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Cara Buat Kerabu Rebung, Mudah Sahaja Rupanya. Rasa Dia Memang Sedap Tak Terkata