Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Resepi Laksa Mi Pangkor Merecik! Confirm Hidangan Ini Jadi Penambat Hati Cik Abe

Rasida by Rasida
November 30, 2022
in Masak Apa Hari Ini?, Resepi
2 min read
0 0
0
RESEPI LAKSA MI PANGKOR
0
SHARES
39
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Hidangan laksa sudah menjadi kegilaan ramai. Malah, terdapat pelbagai jenis laksa yang boleh dicuba, antaranya adalah Laksa Mi Pangkor ini. Lain dari yang lain, pernahkan anda mencubanya?

BacaJuga

Mi Hokkien Versi Halal

Cara Buat Mi Hokkien Versi Halal, Ternyata Mudah & Ringkas Sahaja Sebenarnya!

November 27, 2022
11
rahsia petua laksa pekat

Rahsia Petua Laksa Pekat Sedap Dari Peniaga, Ikut 5 Langkah Ni Pasti Auto Terciduk Bila Makan

September 22, 2022
62

Bagi anda yang tak pernah merasainya, pasti nak tahu, kan? Kalau begitu, resepi Laksa Mi Pangkor ini yang telah dikongsikan oleh Iza Abu Bakar di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) wajib dicuba. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Resepi Laksa Mi Pangkor Merecik! Confirm Hidangan Ini Jadi Penambat Hati Cik Abe

Bahan

  • Laksa mi – guna jenama ini  RESEPI LAKSA MI PANGKOR

Bahan kuah

  • 1 ekor ikan tongkol (ikan lain pun boleh, dipotong)
  • Air secukupnya
  • 2 hingga 3 keping asam gelugur
  • 3 ulas bawang putih (diketuk manja)
  • Garam secukup rasa 

Bahan sambal

  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 genggam ikan bilis
  • Sedikit pes asam jawa
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • Gula
  • Garam RESEPI LAKSA MI PANGKOR

Bahan hiasan

  • Kacang pangjang (dipotong kecil dan digoreng sebentar)
  • Lobak merah (dipotong dadu dan digoreng sebentar) RESEPI LAKSA MI PANGKOR

Cara penyediaan

  1. Mula-mula kita panaskan periuk, masukkan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih.
  2. Setelah bawang putih garing, masukkan air secukupnya.
  3. Masukkan asam keping dan biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan pula ikan yang dipotong tadi dan biarkan seketika.
  5. Masukkan garam dan perasakan. Dah mendidih, tutup api.
  6. Dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  7. Masukkan cili kisar dan masak sebentar sehingga cili pecah minyak.
  8. Masukkan pes asam jawa yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sebati.
  9. Bila dah mendidih, masukkan ikan bilis. Kacau rata.
  10. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Bila dah mendidih, tutup api.
  11. Untuk sayur hiasan, goreng kacang pangjang dan lobak merah sebentar. Biarkan layu sedikit, tutup api.
  12. Akhir sekali, masukkan laksa mi yang dicelur tadi ke dalam mangkuk dan siramkan kuah. Kemudian, hiaskan dengan kacang pangjang dan lobak merah tadi dan masukkan sesudu besar sambal tumis. Kacau sebati, dah boleh makan. RESEPI LAKSA MI PANGKOR RESEPI LAKSA MI PANGKOR

Nampaknya laksa ini lebih ringkas dari yang lain tapi rasanya sangat sedap! Enak dimakan pada bila-bila masa, ia wajib dicuba oleh semua.

Selamat mencuba resepi ini.

Kredit: Iza Abu Bakar di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Cara Buat Kerabu Rebung, Mudah Sahaja Rupanya. Rasa Dia Memang Sedap Tak Terkata

 

0/5 (0 Reviews)
Download Premium WordPress Themes Free
Download Nulled WordPress Themes
Download Premium WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
udemy free download
download redmi firmware
Tags: laksa mi pangkorResepi Laksaresepi mi
ShareTweetSend

Related Posts

cheese strawberry
Masak Apa Hari Ini?

Peniaga Kongsi Resepi Pencuci Mulut Cheese Strawberry, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!

Januari 27, 2023
49
Pernah Dengar Tak Overnight Oat? Siapa Yang Tengah Diet Sekarang Memang Sesuai Makan Menu Ni. Cara Buat Sangat Senang Dan Sedap!
diet

Pernah Dengar Tak Overnight Oat? Siapa Yang Tengah Diet Sekarang Memang Sesuai Makan Menu Ni. Cara Buat Sangat Senang Dan Sedap!

Januari 27, 2023
64
roti keju
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Roti Keju 2 Dalam 1 Jadi Kesukaan Seisi Keluarga, Paling Best Keju Meleleh Dalam Mulut Dengan Rasa Pedas!

Januari 26, 2023
147
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist