Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Laksam Sedap Sukatan 4 Orang, Sesuai Untuk Keluarga Kecil

Resepi Laksam Sedap Sukatan 4 Orang, Sesuai Untuk Keluarga Kecil

Kategori: ,
laksam sedap

Siapa di sini rasa nak makan laksam, tetapi mahu buat sendiri dekat rumah? Seperti sedia maklum, makanan yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini memang sedap dan lazat.

Dicampur dengan ulam-ulaman sebagai pelengkap rasa menjadikan laksa sedap ini sebagai hidangan berkuah yang lazat dan pekat. Jadi, sesiapa yang teringin nak buat laksam ni, hanya beli bahan dan masak sendiri dekat rumah.

Selain menjimatkan, kita juga boleh jaga kualiti makanan. Di sini, kami sediakan resepi laksam sedap sukatan untuk 4 orang makan.

Resepi Laksam Sedap Sukatan 4 Orang, Sesuai Untuk Keluarga Kecil

Bahan-bahan (laksam):

  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 6 cawan air (3 air panas + 3 air biasa)
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara penyediaan (laksam):

  1. Satukan semua bahan di atas, kacau sampai tak berketul.
  2. Kukus dengan pinggan IKEA, letak 2 senduk adunan tadi.
  3. Kukus sampai gelembung (3 minit). Bila angkat dan rasa suam, baru gulung-gulungkan ia menjadi bentuk laksam.
  4. Tips: Guna pinggan plastik dan sapu sedikit minyak supaya cantik serta tidak melekat.

Bahan-bahan (kuah laksam):

  • 1 biji kelapa
  • 7 ekor ikan sardin rebus
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 inci lengkuas (ketuk)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu teh lada hitam

Cara penyediaan (kuah laksam):

  1. Blend sardin, bawang merah, dan masukkan dalam periuk bersama santan.
  2. Masukkan bahan-bahan lain, kedua sampai mendidih dan jangan biarkan ia berketul.
  3. Kemudian, perasakan dengan gula dan garam.

Bahan Hiasan (hiris semua)

  • Kacang panjang
  • Timun
  • Kobis
  • Taugeh
  • Bungan Kantan
  • Sambal Cili

Laksam sedap Laksam sedap

Laksam sedap

Okay, dah siap kita punya laksam sedap kuah melikat! Bolehlah cuba untuk buat sendiri di rumah dan makan bersama yang tersayang. Laksam ni, kalau ada serunding dekat rumah lagi sedap! Makan dan campur bersama! Memang mantap!

Selamat mencuba dan menikmat!

Kredit: Nor Aida

Baca juga: Resepi Nasi Tomato Untuk 20 Orang Makan, Sesuai Masak Bagi Majlis Dan Rumah Terbuka

tags: | |