Air Milo lori memang tak lapuk dek zaman. Kalau dulu nampak lori ni masuk kawasan sekolah semua akan melompat keriangan. Bila cikgu panggil je terus pergi, tak sabar-sabar. Betapa terujanya waktu tu apabila dapat menikmati Air Milo lori ini. Kadang-kadang ada yang rela beratur buat kali kedua atau ketiga sebab tak puas minum.
Disebabkan rasa air milo ni lebih sedap berbanding bancuh sendiri jadi kita pun tertanya-tanya adakah milo yang lori gunakan ini sama dengan yang kita gunakan. Sebenarnya sama sahaja cuma cara bancuhan yang berbeza.
Syahrin Yen Zaini ada berkongsi cara abang lori membancuh air milo. Resepi yang dikongsi oleh beliau itu adalah untuk bancuhan dalam skala yang besar.
2. Masukkan milo.
3. Masukkan air panas, dan kacau sehingga rata dan sebati.
4. Tuang bancuhan milo tadi dalam bekas berisi ais.
5. Sedia untuk diminum.
Kalau nak bancuh sedikit, buat kira-kira sendiri bagaimana nak kurang atau lebihkan bahan yang digunakan, perlu diingatkan bancuhan di atas adalah pekat dan ais akan membantu mencairkan bancuhan tetapi masih mengekalkan kelazatan milo kaw kaw tersebut.
Saya tidak bertanggungjawab kalau bancuhan milo anda tidak sama seperti rasa milo lori. Mendapat diabetes, kos dapur meningkat dan menjadi ketagih terhadap milo.
Mudah sahaja kan nak buat Air Milo lori ini? Kalau ramai yang di antara anda merindukan air milo ini, bolehlah mencuba resepi yang dikongsikan oleh lelaki ini. Kesedapannya memang tiada tandingan, rasa pun hampir sama.