Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Anak Takde Selera Untuk Makan? Para Ibu Wajib Cuba Resipi Macaroni Carbonara Yang Sedap & Mudah Ini

Anak Takde Selera Untuk Makan? Para Ibu Wajib Cuba Resipi Macaroni Carbonara Yang Sedap & Mudah Ini

Kategori: ,
Macaroni Carbonara

Tanggungjawab seorang ibu bukannya sesuatu yang mudah. Selain menguruskan hal rumah, mereka juga penat memikirkan hidangan yang perlu dimasak untuk anak-anak.

Selera anak-anak ini pula asyik berubah-ubah. Ada kalanya mereka tak mahu makan nasi. Jadi sekali sekala tentu mahu makanan yang lain dari yang lain. Oleh itu, para ibu tak perlu risau. Untuk ajak mereka makan, cuba hidangkan macaroni carbonara ini. Resepinya telah dikongsikan oleh Ruziawati Yusof. Ringkas sahaja! Jom baca untuk ketahui caranya.

Anak Takde Selera Untuk Makan? Para Ibu Wajib Cuba Resepi Macaroni Carbonara Yang Sedap & Mudah Ini

Bahan-bahan

  • 1/4 Buttercup
  • Sosej
  • 4 labu bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 3 botol dan 2 tin sos carbonara Prego
  • 4 kotak susu segar Dutch Lady
  • Air
  • 4 pek Macaroni
  • Meatballs
  • Brokoli
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Tumix Macaroni Carbonara Macaroni Carbonara Macaroni Carbonara

Cara penyediaan

  1. Rebuskan macaroni bersama sedikit minyak masak dan garam sehingga masak dan lembut. Boleh juga menggunakan jenis pasta yang lain seperti spaghetti, spiralis ataupun fettuccine. Macaroni Carbonara
  2. Toskan macaroni.  Panaskan kuali dan masukkan buttercup. Masukkan meatballs yang dipotong kecil. Goreng seketika sehingga menjadi sedikit garing. Tak ada meatballs, kita guna sosej pun boleh juga. Macaroni Carbonara
  3. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang sudah dikisar untuk menaikkan aroma. Macaroni Carbonara
  4. Setelah naik bau, masukkan sos carbonara dan tambahkan air biasa atau air rebusan pasta menggunakan sukatan sos. Kemudian, masukkan pula 4 kotak susu segar Dutch Lady. Setelah sos menggelegak, masukkan macaroni yang telah direbuskan tadi dan tambahkan sedikit garam serta ajinomoto.
  5. Untuk menambahkan rasa supaya macaroni lebih berkrim, anda juga boleh masukkan 3 kepingan keju ya.
  6. Tambahkan sayur brokoli jika suka. Gaul sehingga sebati dan sedia untuk dinikmati. Macaroni Carbonara Macaroni Carbonara

Wow! Mudah sangat kan untuk menyediakan macaroni carbonara ini? Sekali sekala kita tukar selera apa salahnya? Anak-anak tentu akan suka dengan rasa sos yang berkrim itu. Puas hati bila dimakan!

Selamat mencuba.

Kredit: Ruziawati Yusof

Baca Juga: Pernah Gagal Masak Nasi Beriani? Ini Resepi Nasi Beriani Anti Gagal Yang Mantap!

tags: | |