Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mee Goreng Basah Yang Super Duper Sedap, Kalau Makan Confirm Terangkat!

Resepi Mee Goreng Basah Yang Super Duper Sedap, Kalau Makan Confirm Terangkat!

Kategori:
resepi mee goreng basah

Kalau sebut je Mee Goreng Basah pasti terbayang di kepala rasanya yang sedap dan berkuah. Memandangkan sekarang ini pun cuaca dah mula hujan kalau makan mee goreng basah waktu musim hujan lagi bertambah sedap. Confirm terangkat! Anak-anak pun pasti suka mee goreng basah macam ni.

Ada pula bahan yang cukup lengkap memang menambah-nambah la makan kan. Jadi jom kita ikuti perkongsian resepi mee goreng basah oleh seorang lelaki di laman facebook.

Cara Mudah Buat Mee Goreng Basah Yang Enak & Menyelerakan!

BAHAN-BAHAN:

  • Mee kuning 1 bungkus dibilas dan tos
  • Sotong 10 ekor dibersihkan potong dan tos
  • Fish ball 1 paket dibersihkan potong dan tos
  • Sayur sawi jepun 1 ikat dibersihkan potong dan tos
  • Tomato 1 biji dibersihkan dan dibelah 6
  • Cili kisar 4 sudu besar
  • Sos cili 5 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Sos ikan 1 sudu besar
  • Kicap pekat 1 sudu besar
  • Kicap manis 5 sudu besar
  • Kicap mee 2 sudu besar
  • Air putih 1 cawan kecil
  • Minyak masak 2 sudu besar untuk menumis

Bahan Tumbuk:

  • Cili api 10 biji
  • Bawang putih 3 ulas

* Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan kuali masukkan minyak 2 sudu besar.
  2. Tumiskan cili kisar dengan bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mee dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1 cawan kecil.
  4. Masak dan kacau bagi sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi. Lepas tu masuk kan mee kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak.
  5. Siap untuk dihidangkan

*Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji sebab rasa kicap tu semua dah cukup.

Mudah sahaja kan nak buat Mee Goreng Basah ini? Ada pula keropok keping Terengganu. Memang lebih terasa nikmatnya. Nak buat untuk sarapan pagi ke makan malam ke memang sesuai je. Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita buat sekarang.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Resepi Kak Long

Baca juga: Teringin Nak Makan Mee Goreng Basah Sebijik Rasa Macam Di Kedai? Jom Buat Sendiri, Boleh Makan Sampai Puas Hati!

tags: |