Aglio Olio adalah resepi klasik orang orang Itali yang bahan utamanya ialah bawang putih dan minyak olive. Ianya pasti nya versi pasta yang sangat menyihatkan. Berikut adalah resepi untuk memasak Aglio Olio Udang Harimau yang sangat sedap:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Udang
  • Air
  • Pasta
  • Olive oil
  • Bawang putih
  • Cili padi hiris
  • brokoli
  • kiub ayam
  • chilli flakes
  • Parsley

Cara memasaknya:

  1. Panaskan sedikit minyak, goreng udang dan ketepikan.
  2. Masak air hingga mendidih, masukkan pasta. Masak hingga lembut. Kemudian, bila dah lembut, tos dan ketepikan.
  3. Masukkan olive oil,tumis bawang putih, dan cili padi hiris. Masukkan brokoli. Kemudian, masukkan pasta.
  4. Masukkan kiub ayam, chili flakes, dan parsley. Kacau, masak sampai sebati. Kemudian, masukkan udang yang sudah digoreng, masak selama beberapa minit. Siap untuk dihidangkan panas-panas.

Selamat mencuba.

Tonton video di bawah untuk mengetahui cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 49 times!)