Anda penggemar daging?? Daging boleh dimasak dengan pelbagai variasi resepi, sesuai dengan selera anda. Berikut adalah resepi  untuk memasak Daging Goreng Sos Tiram:

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Daging
  • serbuk kunyit
  • kicap manis
  • cili kering kisar
  • sos tiram
  • minyak
  • bawang holland
  • lada merah besar
  • cili padi

Cara memasaknya:

  1. Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk memasak daging goreng sos tiram.
  2. Perap daging dengan sos tiram, serbuk kunyit, kicap manis, dan cili kering kisar.
  3. Panaskan minyak, masukkan daging yang sudah diperap tadi. Kemudian, goreng daging hingga kering air dan naik minyak.
  4. Masukkan bawang holland, lada merah besar, dan cili padi. Masak hingga bawang dan cili layu. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Tonton video untuk mengetahui cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 146 times!)