Adakah anda suka makan organ-organ dalaman, seperti hati atau pedal ayam? Hati ayam memang sedap dimasak dengan pelbagai variasi resepi, seperti hati ayam masak kicap. Berikut merupakan resepi untuk memasak Hati Ayam Masak Kicap yang sangat menyelerakan:

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai Cili Padi
  • Hati dan pedal ayam
  • Garam kunyit
  • kicap manis
  • Bawang Holland
  • Lada besar

Cara memasaknya:

  1. Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk memasak hati ayam masak kicap.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia, serai, dan cili padi yang sudah ditumbuk kasar sampai naik bau. Masukkan hati dan pedal ayam yang sudah digaul dan diperap dengan garam kunyit.
  3. Masak sampai kering air dan naik minyak. Jika dah naik minyak, masak lagi sampai garing. Kemudian, masukkan kicap manis, lada besar, dan bawang holland yang sudah dihiris.
  4. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Tonton video untuk mengetahui cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 379 times!)