Sambal ikan bilis goreng kicap adalah resepi masakan yang mudah, enak dan mampu membuka selera tidak kira masa dan di mana. Berikut merupakan resepi untuk memasak Ikan Bilis Masak Kicap yang sedap dan rangup:

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan ikan bilis goreng
  • 1 biji kentang (digoreng)
  • 1 biji bawang besar
  • 6 – 7 biji cili api
  • 2 sb kicap manis
  • 2 sb kicap masin
  • 1 sb sos tiram
  • secubit garam

Cara memasak Ikan Bilis Goreng Kicap:

  1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak ikan bilis goreng kicap.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan cili api hingga naik bau. Masukkan kentang goreng dan ikan bilis goreng. Masak sebentar.
  3. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap manis dan secubit garam. Masak sebentar.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba.

Tonton video ini untuk mengetahui cara-cara penyediaannya:

Kredit resepi: Limau Nipis

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 62 times!)