Ikan goreng masak kicap ni agak banyak sikit bahannya walaupun namanya masak kicap. Berikut adalah resepi untuk memasak ikan goreng kicap pedas:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ikan
  • Garam
  • kunyit
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • cili kering
  • kicap manis
  • bawang holland
  • lada hijau hiris

Cara memasaknya:

  1. Basuh, perap ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian, goreng dan ketepikan.
  2. Bawang merah, bawang putih, dan halia ditumbuk halus. Panaskan minyak, tumis bahan yang sudah ditumbuk tadi sampai naik bau. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan gula, garam, sedikit perasa, dan kicap manis. Kacau, masukkan bawang holland, dan lada hiris hijau.
  4. Masukkan ikan goreng. Kacau, dan masak sebentar. Siap untuk disajikan.

Selamat mencuba.

Tonton video di bawah untuk cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 144 times!)