Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Melayu: Kangkung Belacan

Resepi Melayu: Kangkung Belacan

Kategori: ,,
Resepi Kangkung Belacan

Pada hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua resepi Kangkung Belacan. Resepi yang sangat ringkas dan sedap. Bahan-bahannya juga senang untuk diperolehi dan menjimatkan.

Resepi ini sesuai disajikan bersama nasi. Kalau duduk kampung selalu dapat makan makanan ini. Pastinya masakan ini dapat mengingatkan anda semua sewaktu dikampung kan? Lebih-lebih masakan mak.

Bagi anda yang sibuk bekerja, jangan risau kerana resepi ini sangat-sangat menjimatkan masa. Anda semua boleh ikut resepi yang saya sediakan sebagai panduan anda semua.

 

Resepi Kangkung Belacan:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kangkung
  • Udang kering
  • Belacan
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi

 

Cara-cara Memasak:

  1. Tumbukkan udang kering dan belacan sehingga sedikit halus.
  2. Kemudian tumiaskan besama bawang merah, bawang putih dan cili padi didalam kuali yang berisi sedikit minyak. Cili padi mengikut kepedasan yang anda suka.
  3. Kemudian masukkan kangkung yang sudah siap dibasuh bersih. Goreng seketika.
  4. Angkat dan siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video untuk mengetahui cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

tags: | | |