Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Melayu: Kepak Ayam Madu

Resepi Melayu: Kepak Ayam Madu

Kategori: ,

Biasa kalau bawa anak-anak makan McD, anak-anak selalu je pesan kepak ayam madu kan. Sedap pulak tu kan. Bukan setakat McD je ada, pasar malam atau pasar minggu pn ada jugak. Mesti terfikir kan macam mana lah diorang buat kan? Okay, harini saya kongsi kan resepi kepak ayam madu yang superb sedap dengan korang semua. Lepas ni masak kat rumah je kepak aya yang sedap.

Berikut merupakan resepi untuk memasak Kepak Ayam Madu yang sedap:

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 10 ketul ayam bahagian kepak (dikerat dua setiap ketul)
  • 1 sb garam
  • 2 sb serbuk cili
  • 2 cm halia (ditumbuk halus)
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1.5 sb sos tiram
  • 2 sb madu
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb kicap manis
  • serbuk blackpepper (optional)

Cara-cara memasak:

  1. Masukkan kepak ayam yang sudah dibasuh kedalam bekas.
  2. Masukkan garam, serbuk cili, halia dan bawang putih yang sudah ditumbuk halus.
  3. Masukkan sekali kicap manis, sos tiram dan madu. Sekiranya suka, boleh masukkan serbuk lada hitam.
  4. Gaulkan semua sekali hingga sebati dan rata. Kemudian perapkan selama 1 jam.
  5. Bakar hingga masak dan siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba.

Tonton video ini untuk mengetahui cara-cara penyediaannya:

Kredit resepi: Limau Nipis

tags: | | |