Harini kita nak kongsikan resepi melayu yang boleh dijadikan lauk makanan tengah hari pada hari ini. Pernah dengar tak kerang masak pedas. Ini pada penggemar masakan pedas boleh mengalir air liur ni. Masakan kerang ini cukup mudah dan senang untuk disediakan. Bahan yang diperlukan juga cukup ringkas dan senang didapati di dalam peti ais kita. Jom kita mula memasak!!

Bahan-bahan kerang Masak Pedas:

  • bawang putih
  • bawang merah
  • halia
  • belacan
  • cili kering kisar
  • gula
  • perasa
  • air asam jawa
  • kerang

Cara-caranya:

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, belacan dan halia sehingga lumat
  2. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi
  3. Masukkan cili kering pedas ke dalam bahan yang ditumis sehingga pecah minyak
  4. Masukkan gula, garam dan perasa
  5. Masukkan air asam jawa
  6. Kemudian tambah kerang yang telah siap dibasuh
  7. Kacau sehingga naik bau

 

Tonton video ini untuk mengetahui cara-caranya:

Selamat mencuba resepi ini.

 

Kredit: Mila Campak Campak

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 53 times!)