Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Melayu: Ketupat Sotong

Resepi Melayu: Ketupat Sotong

Kategori: ,,
Ketupat Sotong

Pada entri kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua satu resepi iaitu resepi Ketupat Sotong. Bahan-bahannya sangat ringkas.

Tambahan pula bahan-bahannya sangat nudah untuk diperolehi. Ketupat sotong sangat digemari semua lapis masyarakat dan ada juga yang menjualnya di kedai-kedai makan. Ketupat sotong ini sangat sesuai dimakan begitu sahaja atau dihidangkan bersama nasi bergantung kepada selera masing-masing.

Pastiny resepi ini mampu memikat hati anak-anak anda yang sukakan masakan yang berlainan dan simple.

 

Ketupat Sotong

 

Resepi  Ketupat Sotong

Bahan-bahan:

  • Sotong putih
  • Beras pulut
  • Santan
  • Gula melaka
  • Daun pandan
  • Garam
  • Pencungkil gigi/lidi

 

Cara-cara Memasak:

  1. Cuci sotong terlebih dahulu sehingga bersih.
  2. Kemudian masukkan beras pulut yang direndam dengan sedikit santan kedalam sotong yang sudah dibersihkan.
  3. Kemudian masukkan daun pandan, sotong yang sudah disumbat dengan beras pulut, santan dan gula melaka kedalam periuk.
  4. Masukkan sedikit garam secukup rasa dan tutupkan periuk. Tunggu sehingga masak.
  5. Tutupkan api dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resepi ini. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video di bawah untuk mengetahui cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

tags: | | |