Mee goreng basah adalah menu yang agak kerap di pesan oleh pelanggan di mana-mana restoran. Tapi, adakah berpuas hati bila dengan masakannya? Apa kata kita cuba sendiri di rumah. Disini saya kongsi resepi membuat mee goreng basah dan cara-cara memasak. Berikut adalah resepi untuk memasak Mee goreng basah:

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • bawang putih
  • bawang merah
  • cili padi
  • cili kering
  • sotong
  • fishball
  • air
  • sos cili
  • kicap manis
  • sos tiram
  • mee kuning
  • sawi
  • tomato
  • daun kucai
  • lada besar

Cara masakan mee goreng basah

  • Panaskan minyak tumiskan bawang putih, bawang merah dan lada
  • Masukan cili kering kisar dan tumis sampai pecah minyak
  • Masukan sotong masak sekejap dan masukan fishball
  • Kemudian masukan air, tunggu gelegak masukan sos cili, kicap manis, sos tiram
  • Bila dah mendidih masukan mee kuning
  • Akhir sekali masukan sayur mengikut selera masing-masing

Selamat mencuba.

Tonton video ini untuk mengetahui cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

3/5 (1 Review)
(This post has been visited 118 times!)