Salah satu antara menu sarapan yang digemari ialah nasi goreng. Nasi goreng merupakan masakan panas segera yang lazat. Nasi goreng juga mempunyai pelbagai versi resepi seperti nasi goreng ikan masin, nasi goreng kampung, nasi goreng patayya, dan banyak lagi. Di tambah pula, dinikmati bersama telur goreng atau telur dadar. Berikut merupakan resepi untuk memasak Nasi Goreng Ikan yang sedap:

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 – 4 cawan nasi (nasi semalam/dingin)
  • 1 ekor / 1 keping isi ikan goreng
  • 3 biji bwang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 batang lobak merah
  • 2 – 3 sb kicap masin
  • 2 – 3 biji cili api
  • 1 sk garam

Cara-cara untuk memasak Nasi Goreng Ikan:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan cili api hingga naik bau. Masukkan isi ikan dan lobak merah.
  2. Masak sehingga lobak merah tadi layu. Kemudian, masukkan garam. Masak sebentar.
  3. Masukkan nasi serta kicap masin. Masak sehingga sebati serta dalam beberapa minit.
  4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama telur mata separuh masak. Sesuai dengan selera anda.

Mudahkan? Selamat Mencuba ye.

Tonton video ini untuk mengetahui cara-cara penyediaannya:

 

Kredit resepi: Limau Nipis

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 56 times!)