Anda penggemar sotong?? Lauk sotong, jika dibuat nasi goreng sotong cili padi memang sedap dan amat menyelerakan. Berikut adalah resepi  Nasi Goreng Sotong Cili Padi:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ikan bilis
  • Sotong
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Telur
  • Air
  • Garam
  • Perasa
  • Nasi
  • Serbuk lada putih
  • Hirisan daun sup

Cara-caranya:

  1. Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk memasak nasi goreng sotong cili padi.
  2. Tumbuk kasar ikan bilis, bawang putih, dan cili padi. Panaskan campuran minyak masak dan minyak bijan, goreng telur dan ketepikan.
  3. Goreng sotong hingga kering air dengan api besar. Jika dah kering air, masukkan semua bahan tumbuk tadi, garam, dan sedikit perasa.
  4. Kemudian, masukkan nasi, lalu kacau dan gaul sampai sebati. Masukkan telur goreng, gaul. Masukkan serbuk lada putih dan hirisan daun sup.
  5. Siap untuk disajikan.

Selamat mencuba.

Tonton video di bawah:

Kredit: Mila Campak Campak

3.5/5 (2 Reviews)
(This post has been visited 1,307 times!)