Semalam jiran datang rumah, tak tahu nak hidang apa sebab tak prepare apa-apa kan. Lepas tu datang idea nak buat pisang goreng butter alang-alang sekali minum petang kan. Resepi yang sangat lah ringkas tetapi sangat lah sedap dan sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang. Harini saya nak korang juga merasa pisang goreng butter yang ringks ini. Resepi saya sediakan untuk panduan anda semua.
Berikut merupakan resepi untuk memasak pisang goreng butter:
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Butter
- Pisang
- Gula
Cara-cara memasak:
- Panaskan kuali dan cairkan butter.
- Masukkan pisang dan goreng hingga keperangan.
- Taburkan gula diatas pisang semasa menggoreng.
- Angkat dan siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba
Tonton video di bawah untuk cara-caranya:
Kredit: Mila Campak Campak