Pulut kuning memang sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging, mahupun kuah kari. Berikut adalah resepi untuk memasak Pulut Kuning yang lazat dan memuaskan:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • beras pulut
  • serbuk kunyit
  • asam keping
  • Santan
  • Garam

Cara memasak pulut kuning:

  1. Rendam beras pulut selama beberapa jam dengan serbuk kunyit dan asam keping. Kemudian, basuh beras pulut tadi bersih-bersih, dan masukkan kedalam periuk untuk dikukus.
  2. Kukus sampai pulut kembang, kemudian angkat dan keluarkan. Gaul pulut dengan santan yang sudah dimasukkan garam.
  3. Gaul sebati dan masukkan balik ke dalam periuk, lalu dikukus lagi sekali.
  4. Akhir sekali, pulut kuning siap untuk disajikan.

Selamat mencuba.

Tonton video untuk cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 746 times!)