Sambal tempe ikan bilis jika dimakan panas dengan nasi memang sedap. Sesetengah orang suka sambal tempe ada juga yang suka sambal bilis, hari saya akan kongsi resepi gabungan sambal tempe dengan bilis. Berikut adalah resepi  untuk memasak sambal tempe ikan bilis:

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • bawang merah
  • bawang putih
  • lada besar
  • cili padi
  • gula
  • garam
  • tempe goreng
  • ikan bilis goreng
  • petai goreng
  • limau

Cara Masakan

  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, belacan, cili india dan cili padi
  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi
  • Masukan gula dan garam secukup rasa
  • Masukan tempe goreng dan petai
  • Akhir sekali masukan bilis, masak sebentar dan siap dihidang

Selamat mencupa resepi ini.

Tonton video di bawah untuk mengetahui cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

 

3/5 (1 Review)
(This post has been visited 52 times!)