Hari ini saya akn berkongsi dengan anda semua resepi Sambal Terung. Resepi yang sangat ringkas dan bahan-bahannya juga sangat senang untuk diperolehi.

Menu yang sangat sesuai untuk dijadikan hidangan sampingan bersama nasi. Masa yang diperlukan untuk memasak juga sangat singkat dan sangat sesuai bagi anda yang sibuk bekerja.

Resepi Sambal Terung

Bahan-bahan:

  • Terung. bakar dan buang kulit.
  • Cili merah besar
  • Cili padi
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Belacan

 

Cara-cara Memasak:

  1. Kisar kasar cili merah besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah.
  2. Kemudian tumiskan sampai pecah minyak dan tambah gula dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan terung yang dipotong tadi dan penyet.
  4. Perah asam limau dan siap untuk di makan.

Selamat mencuba.

Tonton video ini untuk mengetahui cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 112 times!)